KUALA LUMPUR, 4 Oktober 2022 – Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Ronald Kiandee memaklumkan bahawa pada masa ini pesawah menikmati penyeragaman harga padi atau harga minimum terjamin padi (Guaranteed Minimum Price – GMP) di Semenanjung pada kadar RM1,200 per tan metrik atau RM1.20 bagi sekilogram.
Katanya di Dewan Rakyat hari ini, GMP telah diselaraskan pada tahun 2014 dan penetapan ini juga tertakluk kepada pemutuan sebenar padi.
“Tarikh akhir semakan GMP adalah pada 21 Februari 2014 dan pelaksanaan GMP ini telah dibuat melalui Perintah Tetap oleh Ketua Pengarah Kawalselia Padi dan Beras yang sedang berkuatkuasa sehingga hari ini.” katanya.
Tambah beliau, buat masa ini Kerajaan belum berhasrat untuk mengkaji semula harga minimum terjamin padi yang telah ditetapkan.
- Must-Have Holiday Gift: Exotic Snack Guys Mystery Box Takes Center Stage
- Daily Fit Notes Rolls Out Affordable Fitness Solutions for the Modern Lifestyle
- Motiv Electric Trucks Crosses 5 Million Mile Mark
- Bybit One-Click Buy Offers a Winning Chance in First-Time Deposits Lucky Draws
- Hummingbird Creative Group Honored for Creative Excellence and Impact in 2024
Leave a comment