KUALA LUMPUR 3 Oktober 2022 – Menteri Kanan Kerja Raya, Dato’ Sri Haji Fadillah Yusof memaklumkan bahawa Lebuh Raya Bertingkat Sungai Besi – Ulu Kelang (SUKE) telah dibuka secara berperingkat (sectional opening) di jajaran pakej CA4 (Persimpangan Cheras – Kajang/Lebuhraya GRANDSAGA) sehingga CB5 (Jalan Lingkaran Tengah 2 – MRR2/Bukit Antarabangsa) sepanjang 16.6 km pada 16 September 2022.
Katanya di Dewan Rakyat hari ini, baki 3 pakej lagi iaitu Pakej CA1, CA2 dan CA3 dari Seri Petaling/Bukit
Jalil, Alam Damai dan Persimpangan Cheras/Kajang dijangka dibuka sepenuhnya pada suku pertama tahun 2023.
“Bagi Lebuh Raya Bertingkat Damansara – Shah Alam (DASH) pula pembinaan keseluruhan telah mencapai 99.64% dan dijangka siap pada akhir tahun 2022.
Selain itu, Lebuh Raya Bertingkat Setiawangsa – Pantai (SPE) telah dibuka sebahagian iaitu Seksyen 4 (Setiawangsa -Taman Melati) pada 21 Disember 2021 manakala peratus kemajuan adalah 94.97% dan
keseluruhan jajaran melibatkan 3 seksyen iaitu seksyen 1, 2 dan 3 dari Kerinchi, Jalan Kelang Lama, Salak, Pandan, Ampang dan Setiawangsa dijangka siap pada hujung 2022.
Lebuh Raya Lembah Klang Timur (EKVE) masih dalam pembinaan dengan kemajuan telah dicapai sebanyak 96.93% dan dijangka siap pada hujung tahun 2023.” katanya.
Tambah Fadillah, kadar tol untuk tempoh operasi pertama Plaza Tol Wangsa Maju, Lebuhraya SPE yang telah dibuka adalah RM3.50 bagi kelas 1, RM7.00 bagi kelas 2, RM10.50 bagi kelas 3, RM1.80 bagi kelas 4 dan RM3.50 bagi kelas 5.
“Manakala kadar tol bagi Lebuhraya SUKE, DASH dan EKVE akan diumumkan setelah selesai pewartaan pungutan tol dan lebuh raya dibuka kepada lalu lintas kelak.” katanya.
- Must-Have Holiday Gift: Exotic Snack Guys Mystery Box Takes Center Stage
- Daily Fit Notes Rolls Out Affordable Fitness Solutions for the Modern Lifestyle
- Motiv Electric Trucks Crosses 5 Million Mile Mark
- Bybit One-Click Buy Offers a Winning Chance in First-Time Deposits Lucky Draws
- Hummingbird Creative Group Honored for Creative Excellence and Impact in 2024
Leave a comment