AMEkonomi @ My LNAParlimen @ My LNA

Isi rumah Malaysia dikelaskan kepada tiga kategori kumpulan pendapatan utama

655

KUALA LUMPUR, 3 Oktober 2022 – Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Dato’ Sri Mustapa Mohamed berkata setiap negara menggunakan kaedah pengelasan kumpulan pendapatan tersendiri yang bersesuaian dengan tahap pembangunan ekonomi dan keutamaan dalam menentukan kumpulan sasar masing-masing.

Katanya di Dewan Rakyat hari ini, sebagai contoh Amerika Syarikat, Korea Selatan dan Singapura menggunapakai kelas pendapatan B20, M60 dan T20. Manakala Thailand menggunapakai kelas pendapatan B50, M40 dan T10.

“Pada masa ini, isi rumah Malaysia dikelaskan kepada tiga kategori kumpulan pendapatan utama iaitu B40, M40 dan T20. Pendapatan adalah berdasarkan isi rumah dan bukannya merujuk kepada pendapatan individu.” jelas beliau.

Menurut Mustapa, kategori yang terkini adalah berdasarkan Survei Pendapatan Isi Rumah dan Kemudahan Asas (HIES & BA) tahun 2019 seperti berikut:

  • B40 adalah kumpulan isi rumah berpendapatan bulanan, kurang daripada RM4,850 meliputi 2.91 juta isi rumah;
  • M40 adalah kumpulan isi rumah berpendapatan bulanan, di antara RM4,850 hingga RM10,959 meliputi 2.91 juta isi rumah; dan
  • T20 adalah kumpulan isi rumah berpendapatan bulanan, RM10,960 dan ke atas meliputi 1.46 juta isi rumah.

Tambah Mustapa, pengelasan kumpulan pendapatan ini penting untuk Kerajaan menyalurkan bantuan secara bersasar kepada B40 termasuk isi rumah miskin dan miskin tegar. Antara program bantuan Kerajaan termasuk:

  • Bantuan Keluarga Malaysia kepada isi rumah berpendapatan RM5,000 dan kebawah;
  • Peranti Siswa oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia kepada siswa dari B40 di institusi Pengajian tinggi;
  • Bantuan Kanak-kanak dan Bantuan Orang Tua oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat; dan
  • Rancangan Makanan Tambahan (RMT) oleh Kementerian Pendidikan Malaysia yang memanfaatkan kira-kira 790 ribu murid di seluruh negara tahun ini.

Menurut Mustapa lagi, kumpulan isi rumah B40, M40 dan T20 juga boleh dikelaskan selanjutnya kepada kelompok sepuluh peratus isi rumah.

“B40 diperincikan kepada B1, B2, B3 dan B4; M40 kepada M1, M2, M3 dan M4; dan T20 kepada T1 dan T2. Sebagai contoh, B1 merujuk kepada kumpulan isi rumah 10 peratus yang terbawah adalah terdiri daripada isi rumah berpendapatan di bawah RM2,500 sebulan. T2 pula merujuk kepada kumpulan isi rumah 10 peratus yang tertinggi, iaitu terdiri daripada isi rumah berpendapatan dengan RM15,040 dan ke atas.” katanya.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAUTAMA

Iktibar perpaduan dari anyaman ketupat

Oleh: Dr. Mohd Istajib Mokhtar Aidilfitri menjelang lagi. Perayaan ini disambut seluruh...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Jangan Hidupkan Budaya Toksik Ketika Menjayakan Tradisi Berkumpul

Oleh : Profesor Madya Dr Mohd Anuar Ramli, Pensyarah, Jabatan Fiqh dan...