3 Oktober 2022 – Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) menasihatkan orang ramai supaya tidak merasa terlalu bimbang dengan amaran cuaca buruk yang dikeluarkan pada laman web rasmi kedutaan Amerika Syarikat (A.S) kepada rakyat mereka di negara ini.
“MET Malaysia melakukan pemantauan cuaca secara berterusan 24 jam sehari sepanjang tahun dan amaran cuaca dikeluarkan sekiranya dijangka berlaku Ribut Petir, Hujan Lebat Berterusan, Angin Kencang & Laut Bergelora serta Siklon Tropika.
Amaran cuaca tersebut akan dihebahkan melalui pelbagai saluran kepada orang awam termasuk warga A.S di Malaysia.” kata MET Malaysia dalam satu siaran media hari ini.
Tambahnya orang awam disarankan mengikut arahan Agensi-Agensi Pengurusan Bencana Negara semasa kejadian banjir dan diminta untuk lebih peka dengan sebarang perubahan cuaca.
“Maklumat cuaca terkini boleh diperolehi melalui laman web iaitu www.met.gov.my, aplikasi mobil myCuaca, media sosial rasmi MET Malaysia serta Hotline di talian 1-300-22-1638 bagi sebarang pertanyaan lanjut.” katanya.
- Hollywood’s Style Icon Zendaya Makes Her Stunning Wax Debut at Madame Tussauds Singapore
- GangaGen Secures additional US$7.9 Million from CARB-X for Pre-clinical Development of Novel Klebicins Targeting Nosocomial Pneumonia caused by Multidrug-resistant Klebsiella pneumoniae
- Star-Studded Christmas Music Gala Lights Up the Stage
- Graphisoft Strengthens Presence in Southeast Asia Amid BIM Demand Surge
- Leading the Way: Singapore’s Exceptional Achievements at the ACES Awards 2024
Leave a comment