CYBERJAYA, 3 Oktober 2022 – Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) memandang serius isu keciciran pendidikan dalam kalangan pelajar Orang Asli yang mencatat lebih 10 peratus.
Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, perkara itu antara tiga kertas yang dibentangkan pada Mesyuarat Perundingan Orang Asli (MAPOA) 2022 yang berlangsung hari ini.
“Antara faktor yang menyebabkan pelajar-pelajar ini tidak ke sekolah adalah masalah pengangkutan, keluarga dan tidak mengambil berat mengenai pendidikan kerana ia bukanlah keutamaan untuk mereka,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat itu di sini, hari ini.
Jelas Mahdzir, berdasarkan statistik terkini, kehadiran ke sekolah bagi murid-murid sekolah rendah dalam kalangan masyarakat Orang Asli mencapai 80 peratus.
Selain isu pendidikan, dua lagi kertas pembentangan MPOA adalah berkaitan Status Kesihatan dan Pewartaan Tanah Masyarakat Orang Asli.
Tambah Mahdzir, segala input mesyuarat MPOA yang kali terakhir diadakan pada 2017 itu akan dibincangkan di peringkat KPLB sebelum di bawa ke mesyuarat Kabinet.
“Dalam aspek kesihatan, antara perkara yang dibangkitkan adalah menyarankan kerajaan pertimbang memperbanyakkan pusat rawatan berpusat di beberapa penempatan Orang Asli bagi mengatasi isu kos,” katanya.
Dalam pada itu, KPLB katanya juga giat menjalankan kerjasama dengan kementerian-kementerian yang berkaitan seperti Kementerian Kesihatan (KKM) dan Kementerian Pendidikan (KPM) bagi menyelesaikan isu-isu yang dibangkitkan.
“Kita menyediakan perkhidmatan seperti pengangkutan murid sekolah, penyediaan bantuan pakaian seragam ke sekolah bagi tahun 1 sekolah rendah dan tingkatan satu sekolah menengah, bantuan insentif wang saku dan beberapa bantuan kewangan mengikut skop dan beberapa bantuan kewangan lain,” ujarnya lagi.
Sementara itu Mahdzir berkata, setakat Disember 2021, sebanyak 40,600 hektar tanah Orang Asli yang telah diwartakan kepada masyarakat Orang Asli dengan melibatkan 215 kampung.
“Pewartaan itu dibuat melalui Akta Orang Asli 1954 membabitkan penempatan kediaman, ladang dan dusun buah-buahan, manakala 638 kampung lagi masih dalam proses pewartaan oleh kerajaan negeri,” katanya.
Untuk rekod tedapat 853 buah kampung Orang Asli di seluruh Semananjung dengan Pahang, Kelantan dan Perak merupakan penempatan tertinggi.
Turut hadir pada mesyuarat itu, Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Ahmad Yakob, Timbalan Menteri I KPLB, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad, Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) Sapiah Mohd Nor, Exco negeri serta wakil masyarakat Orang Asli.
- Hollywood’s Style Icon Zendaya Makes Her Stunning Wax Debut at Madame Tussauds Singapore
- GangaGen Secures additional US$7.9 Million from CARB-X for Pre-clinical Development of Novel Klebicins Targeting Nosocomial Pneumonia caused by Multidrug-resistant Klebsiella pneumoniae
- Star-Studded Christmas Music Gala Lights Up the Stage
- Graphisoft Strengthens Presence in Southeast Asia Amid BIM Demand Surge
- Leading the Way: Singapore’s Exceptional Achievements at the ACES Awards 2024
Leave a comment