Politik @ My LNA

Pendekatan “3A” Untuk Pemuda BN Tambat Pengundi

241

LIPIS, 1 Oktober 2022- Pemuda Barisan Nasional (BN) perlu menggunakan pendekatan “3A” dalam menjamin serta memastikan kemenangan di setiap kawasan yang ditandingi oleh calon BN.

Timbalan Menteri 1, Pembangunan Luar Bandar, Dato’ Sri Abdul Rahman Mohamad berkata pendekatan “3A” ini lebih menjurus kepada strategi yang perlu digunakan memandangkan Pemuda BN adalah jentera barisan hadapan parti.

“Pendekatan 3A ini adalah Aspirasi (keinginan yang kuat), Aktif, Agresif di dalam platform media sosial untuk menangkis segala hujah pihak pembangkang dan isu-isu yang dimainkan.

Selain itu, 3A ini juga perlu digunakan dalam mendekati pengundi terutama golongan muda dalam menganjurkan pelbagai program serta bantuan sokongan untuk golongan yang memerlukan”, ujar beliau.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Lipis.

Seramai 50 orang Pemuda BN Bahagian Lipis hadir pada mesyuarat kali ini.

Beliau yang merupakan Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Malaysia menambah, pemuda tidak lagi di dalam suasana bertahan sahaja tetapi perlu menyerang parti lawan yang sentiasa memainkan pelbagai isu termasuk menghentam BN.

“Saya yakin dengan strategi ini kita mampu untuk mengempur pembangkang

Pergerakan Pemuda ini sangat dekat di hati saya, kerana saya juga lahir dan bermula dari alam pemuda”, ujar beliau lagi.

Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Lipis turut merakamkan penghargaan kepada kepada semua Pergerakan Pemuda kerana mereka adalah wira kepada parti ini, terbukti setia di saat suka dan duka, yang tetap bangkit dalam kesusahan dan terus bertahan sehingga saat ini.

“Saya percaya banyak kita belajar daripada kekalahan dahulu dan kemenangan-kemenangan dalam PRK yang lalu.

Peranan pemuda ketika ini bukanlah sekadar memasang bendera, tetapi peranan pemuda lebih daripada itu. Persiapkan jentera, perkemaskan langkah”, ujar beliau ketika melaungkan kata-kata semangat kepada pemuda BN.

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

BM @ MY LNAPolitik @ My LNA

Proses Lantikan Ahli SPR Baharu Membelakangi Manifesto dan Semangat Reformasi

Dikeluarkan oleh: Jawatankuasa Pemandu BERSIH Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH)...

BM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAPolitik @ My LNA

Rumah Terbuka Aidilfitri Kerajaan Negeri Selangor di KKB Boleh Jadi Satu Kesalahan Pilihan Raya

Dikeluarkan oleh: Jawatankuasa Pemandu BERSIH Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) merujuk kepada...

BM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAPolitik @ My LNA

BERSIH desak Kerajaan laksana Reformasi Proses Pelantikan Pengerusi SPR & Pindaan Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 segera

Dikeluarkan oleh: Jawatankuasa Pemandu BERSIH Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH)...