PUTRAJAYA, 30 September 2022 – Saranan mengenai keperluan untuk mengawal selia pusat yang menawarkan perkhidmatan rawatan kecantikan sedang diteliti oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).
Menurut Menterinya Dato Sri Alexander Nanta Linggi, KPDNHEP sentiasa menjalankan sesi libat urus bersama pemain industri pusat kecantikan dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi mencari kaedah pengawal seliaan yang terbaik ke atas industri kecantikan di negara ini, dengan jangkaan nilai pasaran bernilai lebih dari USD999 juta menjelang 2026.
Katanya berdasarkan kepada potensi industri ini yang mampu memberi sumbangan besar kepada ekonomi negara, KPDNHEP mengambil langkah proaktif untuk meneliti kepelbagaian aspek dalam industri rawatan kecantikan, yang antaranya melibatkan permintaan pengguna, rantaian nilai, penggunaan teknologi dalam trend semasa rawatan kecantikan dan keselamatan pengguna.
“Dalam hubungan ini, satu sesi libat urus KPDNHEP bersama United Kingdom’s Vocational Training Charitable Trust (VTCT) telah diadakan baru-baru ini.
VTCT adalah sebuah pusat latihan kecantikan yang diiktiraf oleh Ofqual, sebuah agensi Kerajaan UK yang melaporkan secara terus kepada Parlimen UK bagi urusan kelayakan dan perundangan yang melibatkan latihan vokasional termasuk latihan rawatan kecantikan.” kata Alexander.
Dalam perbincangan itu, antara aspek penting yang diberi perhatian adalah:
- Pendaftaran pengusaha pusat kecantikan dan pekerja dengan memastikan mereka mendapat latihan kemahiran kecantikan daripada badan yang diiktiraf,
- Memastikan mesin dan peralatan yang digunakan adalah peralatan yang didaftarkan,
- Pengendalian kursus kemahiran, modul dan pensijilan dari badan yang diiktiraf ,
- Melindungi pengguna melalui perlindungan insurans, dan
- Bahan-bahan dalam rawatan adalah yang disahkan selamat oleh KKM.
Jelas Alexander, kesemua aspek di atas telah dibincangkan bersama VTCT untuk melihat bagaimana ia boleh diaplikasikan di Malaysia selain memperhalusi keperluan perundangan dan kawal selia secara pentadbiran bagi memastikan industri kecantikan di Malaysia dapat memberikan keyakinan kepada pengguna melalui rawatan yang selamat.
“Kesemua usaha yang dijalankan ini diharap dapat membantu memperkukuhkan industri kecantikan yang bukan sahaja dapat menjana pendapatan kepada negara tetapi juga menjamin kualiti keselamatan pada
tahap yang tinggi kepada pengguna.” kata Alexander.
- Must-Have Holiday Gift: Exotic Snack Guys Mystery Box Takes Center Stage
- Daily Fit Notes Rolls Out Affordable Fitness Solutions for the Modern Lifestyle
- Motiv Electric Trucks Crosses 5 Million Mile Mark
- Bybit One-Click Buy Offers a Winning Chance in First-Time Deposits Lucky Draws
- Hummingbird Creative Group Honored for Creative Excellence and Impact in 2024
Leave a comment