Politik @ My LNAPRU15

3 Perkara Kerajaan Perlu Buat Sebelum PRU – Syahredzan

262

30 September 2022 – Sebagai respon kepada kenyataan Ketua Pemuda UMNO Dato Dr Asyraf Wajdi pada 28 September lalu yang mengatakan PRU perlu dilakukan sebelum musim banjir, Ahli Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP, Syahredzan Johan berkata sekiranya UMNO dan Barisan Nasional (BN) begitu nekad untuk supaya PRU diadakan, ada 3 perkara yang Kerajaan perlu laksanakan terlebih dahulu.

“Pertama, memastikan persediaan menghadapi bencana banjir. Beberapa insiden banjir yang berlaku pada tahun ini dan tahun lepas membuktikan bahawa Kerajaan tidak bersedia untuk menghadapi bencana banjir sama ada banjir yang dapat dijangka atau di luar jangka. Penyelarasan pengurusan bencana banjir perlu dilakukan sekarang dan aset siapsiaga banjir perlu disediakan lebih awal sebelum Parlimen dibubarkan. Sekiranya persediaan tidak dilakukan lebih awal, malapetaka akan melanda rakyat kerana apabila Parlimen dibubarkan, walaupun ada Kerajaan Sementara, fokus Menteri-menteri ketika itu hanyalah kepada persediaan untuk pilihan raya.

Kedua, selesaikan masalah ekonomi rakyat dan negara. Keadaan ekonomi negara dan kehidupan rakyat semakin buruk dengan kejatuhan nilai ringgit, peningkatan kos sara hidup dan harga barang, kenaikan kadar faedah serta masalah kekurangan pekerja yang teruk. Proses pilihan raya, pembentukan kerajaan baharu dan kemudiannya penggubalan serta pelaksanaan dasar baru yang dapat menyelesaikan masalah ekonomi pula akan memakan masa yang lama sedangkan rakyat sedang menderita ditambah pula dengan ramalan kemelesetan ekonomi pada tahun depan. Sebelum PRU dilaksanakan, kerajaan perlu selesaikan masalah ekonomi yang dihadapi serta menyediakan bantuan ekonomi dan kewangan yang sewajarnya kepada rakyat sekarang.

Ketiga, menyelaraskan Undang-Undang Anti Lompat Parti di peringkat negeri. Antara alasan yang diberikan oleh UMNO BN untuk mengadakan PRU awal adalah untuk mewujudkan kerajaan yang stabil. Pilihan raya di peringkat negeri dijangka akan diadakan serentak dengan PRU bagi mengurangkan kos. Namun sehingga kini selepas beberapa bulan pindaan Undang-Undang Anti Lompat telah dilakukan di
peringkat persekutuan, pindaan yang sama belum dibuat di peringkat negeri. Kestabilan politik melalui undang-undang ini perlu diwujudkan di peringkat negeri untuk mengelakkan pergolakan politik yang merugikan rakyat di negeri-negeri.” kata Syahredzan dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah beliau, walaupun Dr Asyraf Wajdi memberi alasan bahawa negara memerlukan Kerajaan yang stabil untuk memulihkan ekonomi dan menyediakan negara untuk menghadapi bencana banjir, tidak jelas mengapa boleh dikatakan Kerajaan yang ada sekarang tidak stabil.

“Bahkan Perdana Menteri dan Menteri-menteri daripada UMNO BN mempunyai kuasa untuk menyelesaikan perkara yang melibatkan pengurusan ekonomi dan bencana. Ketiga-tiga perkara ini perlu diselesaikan dahulu sebelum Parlimen dibubarkan dan PRU diadakan.

Dr Asyraf diingatkan bahawa walaupun kita semua ahli politik, politik itu tiada makna sekiranya rakyat tidak diutamakan. Mendesak supaya PRU diadakan segera hanya dapat memuaskan nafsu mereka yang mahukan kuasa, tanpa mengendahkan nasib rakyat.” kata Syahredzan.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

BM @ MY LNAPolitik @ My LNA

PM digesa laksanakan reformasi proses pelantikan ahli-ahli SPR

KUALA LUMPUR, 25 Mac 2024 – Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil...

BM @ MY LNAPolitik @ My LNA

Pertemuan TPM II dan Ketua Pembangkang Langkah Ke Depan Pengukuhan Demokrasi di Malaysia

Dikeluarkan oleh: Jawatankuasa Pemandu BERSIH Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH)...

BM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAPolitik @ My LNA

Tiong mahu Akmal henti main isu perkauman

KUALA LUMPUR 19 Mac 2024 – Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Dato’...

BM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAPolitik @ My LNAUTAMA

Deklarasi Pemimpin Agama & NGO Agama Menyokong Tuntutan Reformasi 100% Bersih

Kami pemimpin pertubuhan pelbagai agama memerhati perkembangan semasa politik negara dengan dekat....