AMKesihatan @ My LNA

Penyakit jantung kekal sebagai penyebab utama kematian yang disahkan secara perubatan

455

29 September 2022 – ‘Hargai Jantung Sayangi Kehidupan’ (Use Heart For Every Heart) dipilih sebagai tema Hari Jantung Sedunia pada tahun ini. Ia dipilih bagi meningkatkan kesedaran dan kepentingan menjaga kesihatan jantung di kalangan masyarakat.

Dalam satu kenyataan hari ini, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dato’ Seri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata di Malaysia, penyakit jantung kekal sebagai penyebab utama kematian di mana 18,515 kematian atau 17.0 peratus daripada jumlah kematian yang disahkan secara perubatan berpunca daripada penyakit jantung.

Katanya sejak dua dekad yang lalu, beban penyakit jantung telah merekodkan peningkatan dari 11.6 peratus pada tahun 2000 ke 17.0 peratus pada tahun 2020.

“Berdasarkan laporan The Direct Healthcare Cost of Non-communicable Diseases in Malaysia yang dikeluarkan baru-baru ini, dianggarkan sebanyak RM3.93 bilion daripada jumlah keseluruhan RM9.65 bilion kos penjagaan kesihatan pada tahun 2017 diperuntukkan bagi perbelanjaan merawat pesakit jantung. Lebih membimbangkan, beban kos ini dijangka akan terus meningkat sekiranya tindakan sewajarnya tidak diambil untuk mengawal dan mencegah penyakit tersebut.

Bukti saintifik menunjukkan penyakit diabetes, hipertensi, berat badan yang berlebihan serta tahap kolesterol yang tinggi menyumbang kepada penyakit kardiovaskular. Di samping itu, pemakanan dan amalan gaya hidup yang tidak sihat seperti merokok, kurang bersenam, stres dan pengambilan alkohol juga meningkatkan risiko penyakit jantung. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyarankan agar masyarakat cakna faktor-faktor risiko penyakit jantung agar pengesanan awal dapat dilakukan dan seterusnya dapat mengurangkan faktor risiko serangan jantung.

Serangan jantung boleh berlaku secara tiba-tiba pada bila-bila masa dan kepada sesiapa sahaja. Oleh itu, pesakit dinasihatkan agar mendapatkan rawatan segera sekiranya terdapat tanda-tanda awal serangan jantung terutamanya pada jam pertama selepas serangan (golden hour) kerana tindakan awal ini akan mengurangkan komplikasi kekal kepada jantung pada tahap yang minimum.” kata beliau.

justeru, sempena sambutan Hari Jantung Sedunia pada tahun ini, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin menyarankan kepada semua rakyat Malaysia untuk mengambil lapan langkah berikut dalam usaha menjaga kesihatan jantung, iaitu :

  1. Makan secara sihat dan seimbang;
  2. Lakukan aktiviti fizikal;
  3. Kekalkan berat badan ideal;
  4. Tidak menghisap rokok/vape;
  5. Hindari pengambilan alkohol;
  6. Melakukan pemeriksaan kesihatan secara berkala;
  7. Mematuhi rawatan yang ditetapkan; dan
  8. Mengenal pasti tanda-tanda awal sakit jantung.

“Inisiatif Saringan Kesihatan Kebangsaan yang dilaksanakan bermula Julai sehingga Disember 2022 adalah untuk menggalakkan masyarakat untuk menjalani saringan kesihatan. Inisiatif ini juga adalah selaras dengan Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) yang telah dilancarkan oleh kerajaan baru-baru ini bertujuan untuk menjadikan rakyat Malaysia Sihat Sejahtera melalui pembudayaan hidup sihat dan kelestarian persekitaran yang menyokong hidup sihat.

Sehubungan dengan itu, KKM ingin menyeru kepada masyarakat agar merebut peluang untuk menjalani saringan kesihatan dengan memeriksa status BMI, tekanan darah, paras gula dan kolesterol dalam darah di manamana fasiliti kesihatan berhampiran. Rakyat Malaysia juga diseru agar berusaha menjalani gaya hidup yang sihat bagi menjamin kesejahteraan dan kesihatan tubuh, seterusnya menjadi inspirasi serta motivasi kepada keluarga, rakan-rakan dan orang sekeliling. Kesihatan kita, milik kita, tanggungjawab kita demi generasi akan datang.” nasihat Dr. Noor Hisham.

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi kuat melanda Laut Okhotsk

Satu kejadian gempa bumi kuat telah melanda Laut Okhotsk pada jam 11:28...

AMBM @ MY LNASekuriti Makanan @ My LNAUTAMA

Kerang-kerangan di Negeri Sembilan dan Melaka boleh dituai, bacaan biotoksin menurun

PUTRAJAYA, 10 Ogos 2024 – Larangan ke atas penuaian dan penjualan kerang-kerangan...

AMBM @ MY LNADunia @ MY LNAGlobe Newswire

Pemenang Anugerah Stevie® untuk Majikan Hebat 2024 Diumumkan

Pemenang Akan Diraikan dalam satu Majlis di New York pada 16 September...