Kesihatan @ My LNA

Jumlah kes demam denggi meningkat sebanyak 12.5% berbanding minggu sebelumnya

234
Mosquito macro photography

29 September 2022 – Jumlah kes demam denggi yang dilaporkan pada Minggu Epidemiologi ke-38 tahun 2022 meningkat sebanyak 170 kes (12.5%) berbanding minggu sebelumnya. Tiada kematian akibat komplikasi demam denggi dilaporkan.

Manakala kumulatif kes demam denggi yang dilaporkan sehingga kini adalah sebanyak 42,084 kes berbanding 19,423 kes bagi tempoh sama tahun 2021 iaitu peningkatan sebanyak 22,661 kes (116.7%). Sebanyak 24 kematian akibat komplikasi denggi dilaporkan berbanding 13 kematian bagi tempoh yang
sama pada tahun 2021.

“Jumlah lokaliti hotspot meningkat sebanyak enam (6) lokaliti pada minggu ini dengan sejumlah 48 lokaliti hotspot dilaporkan berbanding 42 lokaliti pada minggu sebelumnya. Daripada 48 lokaliti hotspot yang dilaporkan, 28 (58.3%) lokaliti dilaporkan di Selangor, 15 (31.3%) lokaliti di Sabah dan lima (5) (10.4%) lokaliti di WPKL & Putrajaya.

Survelan chikungunya merekodkan sebanyak lapan (8) kes pada minggu ke-38 dengan tiga (3) kes dari WPKL & Putrajaya, masing-masing dua (2) kes dari Selangor dan Pulau Pinang serta satu (1) kes dari Kelantan. Jumlah kumulatif kes chikungunya sehingga kini adalah 646 kes. Bagi survelan zika, sebanyak 1,452 sampel darah dan 15 sampel urin telah dijalankan saringan zika dan hasil kesemuanya adalah negatif.” kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dato’ Seri Dr. Noor Hisham Abdullah dalam satu kenyataan akhbar hari ini.

Nyamuk Aedes hanya memerlukan air yang sedikit untuk bertelur dan telur nyamuk Aedes dapat bertahan selama lapan (8) bulan dalam keadaan kering. Manakala musim hujan yang berselang-seli dengan cuaca panas merupakan keadaan yang ideal bagi nyamuk Aedes berkembang biak.

“Oleh itu, pastikan tiada bekas-bekas yang menakung air di lorong belakang rumah serta di perkarangan rumah yang boleh menjadi tempat nyamuk Aedes membiak. Masyarakat juga perlu pastikan kawasan yang berhampiran rumah seperti taman rekreasi dan tanah lot kosong tidak mempunyai longgokan bekas-bekas berpotensi pembiakan dengan menjalankan gotong-royong melupuskan barang tidak terpakai di kawasan kejiranan. ” nasihat Dr. Noor Hisham.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAKesihatan @ My LNAPendidikan @ My LNA

OleoRangers pupuk kesedaran awam terhadap pemilihan, pengendalian minyak masak yang mampan

Makanan merupakan salah satu faktor yang paling penting dalam memastikan kesihatan. Makanan...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAKesihatan @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Komponen psikospiritual Islam perlu untuk mencegah bunuh diri

Oleh: Dr. Mohd Khairul Naim bin Che Nordin Apabila kerajaan negeri Kelantan...

AMBM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAKesihatan @ My LNAUTAMA

Tiada Data Sokong ‘Kemujaraban’ Ivermectin Melawan Covid-19 – JomCheck

Oleh : JomCheck JOMCHECK terpanggil untuk membuat semakan berhubung mesej berkenaan penggunaan...

AMBM @ MY LNAKesihatan @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Perlunya pindaan perundangan elak dera, abai warga emas

Oleh: Dr. Siti Aisyah Samudin Dasar Kebajikan Masyarakat Negara yang mula digubal...