28 September 2022 – Menteri Kesihatan Malaysia, Khairy Jamaluddin mengumumkan bahawa berkuat kuasa serta merta mulai hari ini, pemakaian pelitup muka tidak lagi diwajibkan ketika menaiki kapal terbang. Keputusan tersebut dibuat adalah berdasarkan penilaian situasi semasa COVID-19 serta mengambil kira keperluan terkini.
Katanya bagaimanapun, pemakaian pelitup muka amat digalakkan untuk terus diamalkan bagi kumpulan individu yang berikut:
- Individu bergejala seperti demam, batuk dan selsema;
- Individu berisiko tinggi seperti warga tua, orang dengan penyakit kronik,
individu dengan imuniti rendah dan ibu mengandung; dan - Individu yang mengembara bersama orang yang berisiko tinggi seperti
warga emas dan kanak-kanak.
“Keputusan yang dibuat ini adalah menggunakan pendekataan berasaskan risiko dan telah mengambil kira penambahbaikan dalam teknologi kapal terbang dan beban kes COVID-19 di Malaysia yang lebih terkawal ketika ini iaitu ppPengudaraan yang baik dalam kabin dan penggunaan penapis high-efficiency particulate absorbing (HEPA) untuk mengeluarkan bahan cemar bawaan udara, susunan tempat duduk ke hadapan dan kekerapan penjadualan disinfeksi kapal terbang.
Selain itu, kelonggaran ini juga adalah selaras dengan syor kesihatan daripada negara-negara seperti Kesatuan Eropah, United Kingdom, Amerika Syarikat, Australia, New Zealand dan Singapura.” kata Khairy,
Namun beliau menambah, keperluan pemakaian pelitup muka di dalam kapal terbang bagaimanapun masih tertakluk kepada syarat yang ditetapkan oleh negara yang dikunjungi.
- Must-Have Holiday Gift: Exotic Snack Guys Mystery Box Takes Center Stage
- Daily Fit Notes Rolls Out Affordable Fitness Solutions for the Modern Lifestyle
- Motiv Electric Trucks Crosses 5 Million Mile Mark
- Bybit One-Click Buy Offers a Winning Chance in First-Time Deposits Lucky Draws
- Hummingbird Creative Group Honored for Creative Excellence and Impact in 2024
Leave a comment