Ekonomi @ My LNALuar Bandar @ My LNA

BAJET 2023: KPLB mohon peruntukan untuk wujudkan kelas pintar tabika KEMAS

155

PUTRAJAYA, 26 September 2022 – Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) akan memohon peruntukan menerusi Bajet 2023 bagi menjadikan Taman Bimbingan Kanak-Kanak (Tabika) Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) sebagai kelas pintar.

Menurut Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid, KPLB merancang sekurang-kurangnya 10 peratus daripada 11 ribu buah Tabika KEMAS dilengkapi peralatan digital.

“Insya Allah kita fight juga bajet (Bajet 2023) untuk KEMAS bagi memulakan sekolah di bilik KEMAS ini dengan dipanggil ‘smart classroom’ dengan sekurang-kurangnya dimulakan dengan 800 kelas pintar”.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Tiga Tahunan Kesatuan Kakitangan KEMAS Semenanjung Malaysia (KESATERIA) Ke-2 di sini hari ini.

Turut hadir, Ketua Pengarah KEMAS, Ahmad Kamal Idris Mohd Nawawi dan Presiden CUEPACS, Datuk Adnan Mat.

Jelas Mahdzir, elemen pendigitalan dalam pendidikan awal kanak-kanak amat penting ketika ini dan tidak boleh lagi bergantung sepenuhnya kepada cara pengajaran lama.

Mesyuarat Agung KESATERIA yang diadakan setiap tiga tahun sekali itu dihadiri lebih 300 perwakilan dan pemerhati dari 12 cawangan di seluruh Semenanjung Malaysia.

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMBM @ MY LNAEkonomi @ My LNAKewangan @ My LNAUTAMA

Belanjawan 2025 : KPDN mulakan siri dialog bersama pemain industri peruncitan

KUALA LUMPUR 16 Julai 2024 – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos...

BM @ MY LNAEkonomi @ My LNAPertanian @ My LNA

LPNM & UMPSA tandatangan MOU, jalin kerjasama strategik untuk industri nanas

PAHANG – Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) telah menandatangani satu Memorandum Persefahaman...

Biz @ My LNABM @ MY LNAEkonomi @ My LNA

Peruntukan RM2.5 Juta kepada Angkasa Biayai Program Pembangunan dan Pendidikan

PUTRAJAYA, 16 Julai 2024 – Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) memperuntukkan dana sejumlah...