25 September 2022 – Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) menekankan 3 teras Jabatan iaitu Komuniti Berbudaya Ilmu, Berkemahiran Digital dan Berjiwa Patriotik.
Menurut Ketua Pengarahnya, Dato’ Dr. Zuraidi Ishak ketiga-tiga teras tersebut perlu diterapkan dalam mana-mana program yang dijalankan tidak kira secara dalaman atau luaran organisasi.
Beliau berkata demikian ketika menghadiri Majlis Makan Malam Tahunan Kali Ke-14 Sesi 2022 bersama Malaysia Automotive Recyclers Association (MAARA) di Top Glove Grand Ballroom, Setia Alam pada Sabtu.
Dalam pada itu beliau juga mengalu-alukan sebarang kerjasama strategik dengan pihak Kerajaan, Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan mana-mana pihak komuniti yang lain khususnya bagi mangsa-mangsa banjir yang mengalami kerugian aset tetap dan kehilangan tempat bergantung.
Pada majlis yang sama Presiden MAARA, Datuk Haji Khan bin Haji Mohd Akram berkata pihaknya menitikberatkan kepentingan Corporate Social Responsibility (CSR) dalam membantu mangsa-mangsa banjir kelak akan menjadi satu peluang bagi menunjukkan penglibatan gabungan pihak Kerajaan dan NGO berganding bahu membantu komuniti yang memerlukan.
- OPPO Release 2022 Sustainability Report on World Environment Day
- Bybit Joins DMCC as Ecosystem Partner to Accelerate Development and Mass Adoption of Crypto and Web3
- PH-BN SEPAKAT FORMULA MENANG-MENANG UNTUK RAMPAS KEDAH
- PH-BN GABUNG FORMULA TAWAN KEDAH
- UNITEN OFFERS AFFORDABLE HIGH-QUALITY FOUNDATION PROGRAMMES FOR SPM LEAVERS
Leave a comment