Gaya Hidup @ My LNA

Menangi tiket penerbangan AirAsia setiap minggu dengan Snap & Win airasia academy

161

KUALA LUMPUR, 17 September 2022 – Pelajari dan dalami bidang Web 3.0 dengan airasia academy dan rebut peluang untuk memenangi tiket penerbangan pergi-balik ke Krabi, Da Nang, Siem Reap atau Bali dengan peraduan Snap & Win mulai 15 September hingga 14 Oktober 2022.

Pelanggan on-demand learning (ODL) airasia academy hanya perlu menonton video Snap & Win yang akan dimuat naik di laman webnya setiap minggu dan mencari ‘syiling emas’ yang tersembunyi dalam visual yang dipaparkan. Seterusnya mereka hanya perlu tangkap layar ‘syiling emas’ tersebut dan kirim penyertaan mereka menerusi laman rasmi peraduan.

Video Snap & Win diterbitkan hasil kolaborasi dengan Metapac Group, sebuah firma yang dibangunkan untuk meneraju dan menyemarakkan industri Web 3.0 di Asia Tenggara. Pembangun usahaniaga itu menyediakan platform untuk menghubungkan golongan usahawan dan pemodal usaha niaga di ruang blockchain atau Web 3.0.

Aireen Omar, Presiden (Usahaniaga) Capital A & Ketua Pegawai Eksekutif airasia academy berkata: “Ini merupakan peluang terbaik kepada pelanggan ODL belajar mengenai Web 3.0 dan merebut ganjaran untuk kesungguhan mereka belajar. Sebagai platform edutech yang paling pantas membangun di rantau ini, kami menitik beratkan kandungan teknologi yang baharu dan menarik. Memandangkan Web 3.0 merupakan topik yang sedang hangat dibincangkan dan bakal memainkan peranan besar dalam perkembangan ekonomi digital, inilah masa yang tepat bagi kami untuk mengambil peluang ini dan membantu para pelajar meneroka lebih mendalam tentang NFT, blockchain, metaverse, Decentralised Finance (DeFi) dan banyak lagi.”

Platform ODL airasia academy menawarkan lebih 16,000 video merangkumi pelbagai kandungan teknologi yang mendapat permintaan tinggi seperti kejuruteraan pengisian, pemasaran digital, keselamatan siber, analisis data, infrastruktur cloud dan rekaan UX selain kemahiran insaniah, pembangunan kendiri, gaya hidup dan lain-lain.

Sempena musim percutian hujung tahun yang bakal tiba tidak lama lagi, peraduan Snap & Win menawarkan tiket penerbangan pergi-balik PERCUMA AirAsia kepada satu pemenang bertuah setiap minggu yang akan diumumkan setiap hari Rabu menerusi Instagram. Untuk maklumat lanjut mengenai peraduan tersebut, layari https://airasiaacademy.com/happenings/snap-and-win. Tertakluk kepada terma dan syarat.

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

BM @ MY LNAGaya Hidup @ My LNAPelancongan @ My LNAUTAMA

Festival Tarian Singa 2024 semarakkan kempen Tahun Melawat Malaysia 2026

PUTRAJAYA, 22 Julai 2024 – Festival Tarian Singa 2024 akan di adakan...

BM @ MY LNAGaya Hidup @ My LNASeni & Budaya @ My LNA

FesKEP 2024 tampilkan keunikan pelbagai etnik dan budaya masyarakat peribumi

TEMERLOH, 20 Julai 2024 – Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) menerusi...