KUALA LUMPUR, 13 September 2022 – AirAsia memperluaskan usahasama dengan Airbus untuk memperkasakan lebih ramai wanita di sektor digital dan meningkatkan jumlah penyertaan mereka dalam sumber tenaga kerja teknologi menerusi kempen #RatuTech airasia academy.
Program #RatuTech bertujuan membantu wanita khususnya dari kumpulan B40 meneroka kerjaya dalam bidang teknologi dengan kemahiran relevan untuk meningkatkan kebolehpasaran mereka dalam bidang permintaan tinggi seperti Pemasaran Digital, Kejuruteraan Pengisian, Analisis Data, Keselamatan Siber, Infrastruktur Cloud dan lain-lain.
Aireen Omar, Presiden (Usahaniaga) Capital A & Ketua Pegawai Eksekutif airasia academy berkata: “Kami berharap kolaborasi dengan badan korporat utama seperti Airbus akan membuka peluang kepada lebih ramai wanita kurang bernasib baik untuk menimba kemahiran yang betul supaya mereka juga boleh bersaing dan menyumbang kepada ekonomi digital.”
Tambah Aireen: “Kami berhasrat untuk terus mengubah masa depan pembangunan sumber insan teknologi dan #RatuTech merupakan platform jangkauan yang unik bagi mencungkil bakat-bakat tersembunyi di kalangan komuniti terpinggir. Dengan cara ini, kita berupaya merapatkan jurang jantina dan memacu revolusi enjin bakat teknologi serantau ke arah IR4.0.”
Raymond Lim, Ketua Perwakilan Airbus di Malaysia berkata: “Sokongan Airbus terhadap program #RatuTech mengukuhkan lagi komitmen kami terhadap kepelbagaian sosial, peluang saksama dan kemajuan wanita dalam masyarakat di seluruh dunia. Kami percaya program ini membuka langkah yang betul ke arah memperkasakan wanita dalam ekonomi yang dipacu teknologi dan menyumbang kepada pembangunan ekonomi dan sosial mereka untuk jangka panjang.”
Kumpulan peserta baru tajaan Airbus adalah sebahagian 200 wanita dari pelbagai latar belakang, termasuk lepasan SPM, graduan menganggur yang mencari peluang kerja dalam teknologi dan wanita bekerjaya yang ingin meningkatkan kemahiran atau menukar kerjaya mengambil kursus asas digital termasuk Analisis Data, Pemasaran Digital, Keselamatan Siber, Infrastruktur Cloud dan Kejuruteraan Pengisian, dengan harapan menjadi penganalisis data, pemasar digital, pakar cloud dan keselamatan siber.
Penaja lain termasuk Sarawak Digital Economy Corporation (SDEC), Pusat Kecemerlangan Teknikal Sarawak (CENTEXS), Pusat Kreatif Ekonomi dan Inovasi Sabah (SCENIC), Kementerian Sains Teknologi Inovasi Sabah (KSTI) , Google Cloud, Carsome dan Yayasan Peneraju.
Dilancarkan pada 31 March 2022, kempen #RatuTech airasia academy bertujuan memperkasakan wanita menguasai kemahiran teknologi dan menggalakkan mereka untuk merealisasikan cita-cita dalam bidang kerjaya sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM). Kursus yang ditawarkan terdiri daripada separuh atau sepenuh masa, mengambil tempoh antara 3 hingga 6 bulan. Para graduan akan menerima sijil profesional yang diakreditasi untuk membantu mereka mendapatkan peluang pekerjaan dalam industri teknologi, berkemungkinan di salah sebuah syarikat penaja.
Penaja korporat dan mereka yang berminat untuk memberi sokongan serta bakal calon program #RatuTech boleh hubungi airasia academy menerusi emel: ask@airasiaacademy.com, mesej WhatsApp ke 010-5008787 atau dapatkan maklumat lanjut mengenai kursus yang ditawarkan di https://airasiaacademy.com/.
- Must-Have Holiday Gift: Exotic Snack Guys Mystery Box Takes Center Stage
- Daily Fit Notes Rolls Out Affordable Fitness Solutions for the Modern Lifestyle
- Motiv Electric Trucks Crosses 5 Million Mile Mark
- Bybit One-Click Buy Offers a Winning Chance in First-Time Deposits Lucky Draws
- Hummingbird Creative Group Honored for Creative Excellence and Impact in 2024
Leave a comment