ALOR SETAR, 13 September 2022 – Sebuah inisiatif Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) iaitu Malaysia Techlympics 2022 kini dipertandingkan di peringkat zon bagi mencari peserta atau Techlympians yang bakal mara ke peringkat seterusnya bagi merebut hadiah-hadiah bernilai sehingga RM500,000.00.
Menurut Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan dan Pembudayaan Sains), MOSTI, Dr. K. Nagulendran, melihat kepada semangat yang ditunjukkan oleh para Techlympians, MOSTI yakin bahawa Malaysia mampu melahirkan generasi yang celik sains teknologi dan inovasi (STI) dan para inovator muda yang berkebolehan untuk menghasilkan solusi, aplikasi dan produk berteknologi untuk masyarakat dan kelestarian negara.
“Malaysian Techlympics penting kerana mampu meningkatkan lagi daya saing dan daya tahan negara melalui penyertaan inklusif dalam pertumbuhan ekonomi baharu, penerimagunaan teknologi termaju, membina bakat changemaker serta menyokong transformasi Malaysia sebagai negara berinovatif berasaskan teknologi tinggi terutama dalam kalangan anak-anak wilayah utara ini sendiri,” katanya.
Menurut MOSTI, Malaysia Techlympics 2022 dibahagikan kepada enam (6) zon iaitu:
Kata MOSTI, sehingga kini, seramai 920,000 Keluarga Malaysia yang berusia di antara tujuh (7) hingga 30 tahun telah mendaftar untuk menyertai pelbagai jenis pertandingan dan sesi perkongsian STI yang diadakan sejak April hingga November 2022.
“MOSTI telah menyusun sebanyak 25 pertandingan di bawah lima (5) kategori utama yang tertumpu kepada bidang-bidang yang membabitkan kejuruteraan, pengkomputeran dan mikro-komputer, nano, Internet benda (IoT), robotik, dron, sains, matematik, reka bentuk kreatif dan animasi serta percetakan dan pembangunan 3D.
Techlympians yang berjaya di peringkat zon akan mara untuk bersaing di peringkat negeri dan seterusnya ke peringkat kebangsaan yang akan diadakan di Axiata Arena, Bukit Jalil pada 11 hingga 13 November akan datang.” kata MOSTI.
- Hollywood’s Style Icon Zendaya Makes Her Stunning Wax Debut at Madame Tussauds Singapore
- GangaGen Secures additional US$7.9 Million from CARB-X for Pre-clinical Development of Novel Klebicins Targeting Nosocomial Pneumonia caused by Multidrug-resistant Klebsiella pneumoniae
- Star-Studded Christmas Music Gala Lights Up the Stage
- Graphisoft Strengthens Presence in Southeast Asia Amid BIM Demand Surge
- Leading the Way: Singapore’s Exceptional Achievements at the ACES Awards 2024
Leave a comment