TASEK GELUGOR, 11 September 2022 – UMNO akan memilih calon yang bukan sahaja boleh diterima oleh parti tetapi lebih penting pengundi setempat di kawasan yang ditandingi pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) nanti.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, UMNO juga membuat tinjauan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen untuk menentukan calon yang dipilih boleh diterima ramai atau sebaliknya.
“Calon (UMNO) yang (bertanding pada PRU15) kira orang mahu (calon itu) kita ambil, DUN dan Parlimen itu kita buat tinjuan tengok orang ramai boleh terima orang itu atau beberapa orang (calon lain) dan kita ambiklah dia (calon diterima orang ramai).
UMNO ambil kira pandangan cawangan (yang mahu parti itu tidak mencalonkan semula calon yang tewas pada pilihan raya umum lalu) dan kita buat penilaian berasaskan orang yang boleh diterima.”
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Ekspo Lembaga Kemajuan Wilayah Utara (PERDA) (Expert) 2022 di Dataran Transformasi Usahawan, Midtown PERDA di Kubang Menerong di sini pada Sabtu.
Mahdzir yang juga Menteri Pembangunan Luar Bandar berkata demikian ketika diminta mengulas laporan akhbar berhubung gesaan supaya UMNO tidak menamakan semula calon yang tewas pada pilihan raya umum lalu untuk bertanding pada PRU15 nanti kerana mereka sudah ditolak oleh rakyat.
Gesaan itu dibuat oleh Timbalan Ketua Cawangan UMNO Seberang Perak, Datuk Dr Guntur Tobeng yang mahu calon-calon yang tewas itu tidak dicalonkan semula kerana akan menjejaskan kredibliti parti seolah-olah tidak mempunyai barisan pelapis sehingga masih menampilkan calon yang sudah tidak diterima oleh pengundi.
- Must-Have Holiday Gift: Exotic Snack Guys Mystery Box Takes Center Stage
- Daily Fit Notes Rolls Out Affordable Fitness Solutions for the Modern Lifestyle
- Motiv Electric Trucks Crosses 5 Million Mile Mark
- Bybit One-Click Buy Offers a Winning Chance in First-Time Deposits Lucky Draws
- Hummingbird Creative Group Honored for Creative Excellence and Impact in 2024
Leave a comment