AM

FAKULTI PERGIGIAN UM MENAWARKAN RAWATAN AWAL ‘PROTRACTION HEADGEAR’

214

Universiti Malaya melalui Fakulti Pergigian menawarkan rawatan bagi mereka yang mempunyai masalahProtraction headgear’ juga dikenali sebagai ‘facemask’ atau ‘reverse headgear’. Terapi protraction headgear’ adalah rawatan awal ortodontik untuk kanak-kanak di bawah umur 10 tahun yang mengalami masalah rahang bawah yang besar dan mengakibatkan gigi kacip bawah tergigit di hadapan gigi kacip atas.

Dr Lau May Nak

Protraction headgear’ adalah satu alat yang dipasang di hadapan muka pada dahi dan dagu. Bingkai besi yang menyambung kesemua bahagian protraction headgear’ diikat dengan tali getah kepada pendakap gigi boleh tanggal atau tetap pada gigi rahang atas. Ia perlu dipakai sekurang-kurangnya 14 jam sehari pada waktu malam untuk 6 hingga 18 bulan. Semakin lama ia dipakai sehari, semakin cepat rawatan tersebut.

Kebelakangan ini, penyelidik-penyelidik di United Kingdom mendapati bahawa terapi protraction headgear’ ini adalah sangat berkesan dan mencatatkan 70% kejayaan. Lebih-lebih lagi, adalah didapati bahawa hanya satu per tiga kanak-kanak yang menerima rawatan awal protraction headgear’ memerlukan rawatan pembedahan rahang masa dewasa untuk merawat masalah tulang rahang yang besar dan gigitan silang. Sebaliknya, sebanyak dua per tiga kanak-kanak yang tidak menerima rawatan awal protraction headgear’ memerlukan rawatan pembedahan rahang tersebut masa dewasa. Dalam kata lain, risiko seseorang memerlukan rawatan pembedahan rahang adalah 3.5 kali lebih tinggi di kalangan pesakit yang tidak menerima rawatan awal protraction headgear’.

Biasanya, sebelum terapi protraction headgear’ diperkenalkan, seseorang pesakit yang mengalami masalah rahang bawah besar akan disyorkan untuk menangguhkan rawatan ortodontik sehingga pertumbuhannya terhenti, iaitu sekitar umur 16 hingga 17 tahun. Walaupun masih belum diketahui umum, rawatan awal dengan protraction headgear’ adalah semakin popular sekarang kerana faedah tambahannya iaitu merawat gigitan dan posisi tulang rahang secara awal dan mengurangkan risiko pembedahan rahang pada masa hadapan.

Jika anak anda mengalami masalah rahang bawah yang besar dan gigitan silang hadapan, hubungi kami kerana kemungkinan besar rawatan awal ‘protraction headgear’ adalah penyelesaiannya untuk anak anda.

Dr Lau May Nak
Pensyarah & Pakar Ortodontik
Jabatan Pergigian Pediatrik & Ortodontik
Fakulti Pergigian
Universiti Malaya

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMBM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAJomCheckUTAMA

Benar: Aplikasi Myresq Adalah Inisiatif Bantuan Awal Kepada Mangsa Serangan Jantung

Oleh : JomCheck Talian JomCheck baru-baru ini telah disoal tentang kesahihan sebuah...

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNADunia @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi sederhana di Laut Banda

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Laut Banda pada jam...

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNADunia @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi sederhana di Rantau Timor, Indonesia

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di  Rantau Timor, Indonesia pada...