Universiti Malaya melalui Fakulti Pergigian menawarkan rawatan bagi mereka yang mempunyai masalah ‘Protraction headgear’ juga dikenali sebagai ‘facemask’ atau ‘reverse headgear’. Terapi ‘protraction headgear’ adalah rawatan awal ortodontik untuk kanak-kanak di bawah umur 10 tahun yang mengalami masalah rahang bawah yang besar dan mengakibatkan gigi kacip bawah tergigit di hadapan gigi kacip atas.
‘Protraction headgear’ adalah satu alat yang dipasang di hadapan muka pada dahi dan dagu. Bingkai besi yang menyambung kesemua bahagian ‘protraction headgear’ diikat dengan tali getah kepada pendakap gigi boleh tanggal atau tetap pada gigi rahang atas. Ia perlu dipakai sekurang-kurangnya 14 jam sehari pada waktu malam untuk 6 hingga 18 bulan. Semakin lama ia dipakai sehari, semakin cepat rawatan tersebut.
Kebelakangan ini, penyelidik-penyelidik di United Kingdom mendapati bahawa terapi ‘protraction headgear’ ini adalah sangat berkesan dan mencatatkan 70% kejayaan. Lebih-lebih lagi, adalah didapati bahawa hanya satu per tiga kanak-kanak yang menerima rawatan awal ‘protraction headgear’ memerlukan rawatan pembedahan rahang masa dewasa untuk merawat masalah tulang rahang yang besar dan gigitan silang. Sebaliknya, sebanyak dua per tiga kanak-kanak yang tidak menerima rawatan awal ‘protraction headgear’ memerlukan rawatan pembedahan rahang tersebut masa dewasa. Dalam kata lain, risiko seseorang memerlukan rawatan pembedahan rahang adalah 3.5 kali lebih tinggi di kalangan pesakit yang tidak menerima rawatan awal ‘protraction headgear’.
Biasanya, sebelum terapi ‘protraction headgear’ diperkenalkan, seseorang pesakit yang mengalami masalah rahang bawah besar akan disyorkan untuk menangguhkan rawatan ortodontik sehingga pertumbuhannya terhenti, iaitu sekitar umur 16 hingga 17 tahun. Walaupun masih belum diketahui umum, rawatan awal dengan ‘protraction headgear’ adalah semakin popular sekarang kerana faedah tambahannya iaitu merawat gigitan dan posisi tulang rahang secara awal dan mengurangkan risiko pembedahan rahang pada masa hadapan.
Jika anak anda mengalami masalah rahang bawah yang besar dan gigitan silang hadapan, hubungi kami kerana kemungkinan besar rawatan awal ‘protraction headgear’ adalah penyelesaiannya untuk anak anda.
Dr Lau May Nak
Pensyarah & Pakar Ortodontik
Jabatan Pergigian Pediatrik & Ortodontik
Fakulti Pergigian
Universiti Malaya
- Must-Have Holiday Gift: Exotic Snack Guys Mystery Box Takes Center Stage
- Daily Fit Notes Rolls Out Affordable Fitness Solutions for the Modern Lifestyle
- Motiv Electric Trucks Crosses 5 Million Mile Mark
- Bybit One-Click Buy Offers a Winning Chance in First-Time Deposits Lucky Draws
- Hummingbird Creative Group Honored for Creative Excellence and Impact in 2024
Leave a comment