KUALA LUMPUR, MALAYSIA – 29 Ogos 2022 – 60% pengguna Malaysia menyokong penjual tempatan secara proaktif menjelang Hari Merdeka bersama #ShopeeSapotLokal, semasa perkongsian secara langsung mengenai kajian pasaran terbesar platform tersebut tahun ini, Celebrating the Heart of Malaysia on E-Commerce*, menjelang 9.9 Hari Pembelian Hebat.
Apabila 3,356 pengguna ditanya “Mengapakah ianya penting untuk menyokong penjual tempatan?” pada bulan menjelang Hari Merdeka, 30% menyokong kualiti barangan Buatan Malaysia yang memenuhi citarasa tempatan mereka, 20% menyatakan bahawa mereka ingin mengekalkan kemajuan ekonomi negara atas semangat patriotik dan 8% merupakan penjual yang menyokong penjual tempatan lain. 42% memilih penjual tempatan untuk mendapatkan barangan dengan lebih cepat.
Dalam kalangan para responden, separuh daripada mereka (54%) bekerja sepenuh masa, 18% sedang mencari pekerjaan, 17% adalah warga emas, 6% merupakan ibu bapa yang tinggal di rumah dan 5% adalah pelajar universiti.
Shopee turut mengkaji perkara-perkara yang dihargai oleh rakyat Malaysia tentang pembelian dalam talian. Lebih 70% pengguna yang ditinjau menganggarkan bahawa transaksi beli-belah dalam talian secara harian mereka secara konsisten menghasilkan penjimatan sebanyak lebih 5%. Ketidakstabilan ekonomi adalah sebab utama para responden menghargai setiap Ringgit yang dijimat, dengan 50% daripada pembeli mengesahkan bahawa mereka perlu mengurangkan perbelanjaan dalam persekitaran ini, 14% tidak memperoleh pendapatan yang mencukupi untuk menampung keperluan penting, 10% meramalkan perbelanjaan besar pada bulan-bulan akan datang dan 6% membeli-belah untuk tanggungan yang ramai.
“Menariknya, tidak semua pembeli hanya mengutamakan diskaun dan baucar sahaja. Tujuh daripada 10 rakyat Malaysia menghargai ketenangan fikiran berbanding harga yang lebih rendah,” menurut Kenneth Soh, Ketua Kempen Pemasaran di Shopee Malaysia.
Sembilan daripada 10 rakyat Malaysia masih membeli dalam talian walaupun kedai fizikal dibuka semula kerana ia telah menjadi tabiat yang dipelajari dan merupakan sesuatu kebiasaan. Majoriti daripada responden menghargai ‘ketenangan fikiran’, dengan 40% menikmati kemudahan di mana pesanan dihantar ke depan pintu rumah mereka, 17% berasa selamat dengan Jaminan Shopee, dan 10% mempercayai ulasan dan gambar daripada pembeli lain.
Bagi 49% daripada pembeli, Shopee ialah destinasi membeli-belah pilihan untuk produk gaya hidup, termasuk barangan hiasan rumah, barangan fesyen serta produk kesihatan dan kecantikan. Selain itu, 24% daripada pembeli membeli barangan keperluan hidup (barangan runcit dan lampin) daripada Shopee, 16% mencari peranti teknologi (komputer, peranti mudah alih dan TV) dan 11% yang lain membeli alat ganti kereta atau peralatan kerja dan sekolah.
“Apabila para pengguna Malaysia mengekspresikan nilai mereka melalui pilihan membeli-belah dalam talian menerusi cara ini, kami benar-benar memahami mengapa lapan daripada 10 penjual tempatan memulakan perjalanan jualan mereka dalam talian bersama Shopee. Kami berasa rendah hati apabila mendapati separuh daripada penjual tempatan kami yang ditinjau berkata pendapatan yang diperoleh di platform kami adalah penting kerana ia membolehkan mereka menyara keluarga mereka,” kata Soh.
Majoriti daripada penjual tempatan mula menjual dalam talian bersama Shopee untuk mengatasi batasan sedia ada dari segi pendapatan dan penglibatan mereka dalam ekonomi: 24% kerana ia adalah satu-satunya sumber pendapatan mereka, 5% tidak mampu mendapat pekerjaan, 18% perlu menambah pendapatan dan 24% merasakan tekanan kos sara hidup yang lebih tinggi. 30% berkata mereka menjadi penjual di Shopee ekoran minat dan semangat dalam perniagaan mereka.
Jimat dan Nikmati Lebih Lagi bersama 9.9 Hari Pembelian Hebat
Untuk membolehkan rakyat Malaysia menikmati lebih penjimatan, 9.9 Hari Pembelian Hebat Shopee sedang berlangsung hingga 9 September 2022. Lebih nilai dan kegembiraan menanti para pembeli, serta Penghantaran Percuma tanpa perbelanjaan minimum, diskaun harian 95% dan peluang untuk Beli & Menang hingga RM200,000**.
Rakyat Malaysia juga bakal menikmati baucar eksklusif harian Shopee Live, yang mempunyai nilai diskaun hingga RM6 tanpa perbelanjaan minimum dari mana-mana strim langsung di Shopee Live. Baucar yang eksklusif kepada siaran Live ini diperbaharui setiap hari, jadi para pengguna disarankan untuk kembali menonton strim langsung Shopee setiap hari bagi menuntut dan menggunakan baucar semasa 9.9 Hari Pembelian Hebat.
Selain itu, para pengguna juga boleh menyertai peraduan Shopee Live Buy & Win untuk berpeluang memenangi hingga 100,000 Syiling Shopee dan Jongkong Emas. Peraduan ini sah untuk pembelian yang dibuat melalui mana-mana strim langsung di Shopee Live dari 26 Ogos hingga 9 September.
Tambahan lagi, tontoni TV3, Shopee Live atau saluran YouTube Shopee pada pukul 9 malam pada 9 September untuk mendapatkan tawaran TV terbaik daripada Shopee 9.9 Pentas Hebat. Padat dengan persembahan, permainan dan tawaran yang menarik, Shopee akan memberi ganjaran kepada rakyat Malaysia menerusi Shopee Shake, Vouchers Drop dan banyak lagi semasa rancangan tersebut untuk pengalaman 9.9 Hari Pembelian Hebat yang tidak dapat dilupakan.
Untuk maklumat lanjut mengenai Shopee 9.9 Hari Pembelian Hebat, layari https://shopee.com.my/m/99.
**Tertakluk pada terma dan syarat.
- Must-Have Holiday Gift: Exotic Snack Guys Mystery Box Takes Center Stage
- Daily Fit Notes Rolls Out Affordable Fitness Solutions for the Modern Lifestyle
- Motiv Electric Trucks Crosses 5 Million Mile Mark
- Bybit One-Click Buy Offers a Winning Chance in First-Time Deposits Lucky Draws
- Hummingbird Creative Group Honored for Creative Excellence and Impact in 2024
Leave a comment