AM

AURA DAN KARISMA DATO’ SRI ZAMRI AMAT DISENANGI, MUDAH DIDAMPING

514

Oleh PDRM

Kuala Lumpur, 22 Ogos 2022 – Pengarah Cawangan Khas (PCK) yang akan bersara wajib mulai esok, CP Dato’ Sri Zamri Yahya memiliki aura dan karisma tersendiri, menjadikannya amat mudah didampingi bukan sahaja dari kalangan pegawai serta anggota dalam Cawangan Khas, malah seluruh warga Pasukan.

Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani menyifatkan Dato’ Sri Zamri sebagai seorang pegawai kanan yang lembut hati budinya selain murah dengan senyuman, namun tegas dalam peranannya sebagai ketua.

“Inilah sifat terbaik yang perlu dimiliki oleh seorang pemimpin, selain kepakaran, ilmu pengetahuan dan pengalaman luas untuk meneraju sesebuah jabatan,” ujar beliau dalam Majlis Serah Terima Tugas Jawatan Pengarah dan Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Cawangan Khas di Dewan Tan Sri Abdul Rahman Hashim, Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur – Laman Rasmi (PULAPOL), tengahari tadi.

Dalam majlis tersebut, Dato’ Sri Zamri menyerahkan jawatan PCK kepada Timbalan PCK 1 Bukit Aman, CP Dato’ Hj. Baharuddin Hj. Ahmad yang akan memangku jawatan tersebut sambil disaksikan oleh Tan Sri Acryl Sani.

Manakala jawatan Pengerusi PERKEP Cawangan Khas yang disandang oleh Datin Sri Dr. Sazilah Tun Ahmad Sarji pula dipangku oleh Datin Hashimah Yon Abdul Latif. Serah terima tugas tadi disaksikan oleh Pengerusi PERKEP Malaysia, Puan Sri Ir. Zaitun Mohd Isa.

Dato’ Sri Zamri yang berasal dari Kota Bharu, Kelantan mula menyertai Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebagai seorang Kadet ASP pada 2 Februari 1986 sebelum pernah dilantik ke beberapa jawatan penting.

Antaranya, Timbalan PCK (E1M) Bukit Aman, Ketua Polis Kedah, Timbalan Pengarah Pengurusan (Perkhidmatan/Perjawatan) Bukit Aman, Ketua Penolong Pengarah Penyelaras Operasi Kepolisan di Jabatan Perdana Menteri serta Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard PDRM (JIPS).

Pelan Antirasuah PDRM antara ‘buah tangan’ yang dilaksanakan oleh Dato’ Sri Zamri ketika menjawat jawatan Pengarah JIPS dan sehingga kini menjadi sumber rujukan utama bagi membanteras najis rasuah di kalangan warga Pasukan.

Sebagai penghargaan dari Pasukan buat Dato’ Sri Zamri, Majlis Paluan Berundur akan diadakan dalam dewan yang sama, petang ini.

Majlis yang bakal berlangsung dalam penuh adat istiadat kepolisan itu juga akan dihadiri oleh kaum keluarga terdekat Dato’ Sri Zamri dan Datin Sri Dr. Sazilah.

Hadir sama, barisan Pengarah PDRM dengan isteri, Ketua-ketua Polis negeri bersama isteri dan ahli-ahli PERKEP.

Bagi pihak seluruh warga PDRM khususnya dari Urus Setia KPN (Komunikasi Korporat) Bukit Aman, kami mengucapkan selamat menjalani persaraan kepada Dato’ Sri Zamri Yahya.

Kami mendoakan agar Dato’ Sri dan isteri memperolehi kehidupan yang sejahtera serta dilimpahi kesihatan yang berkekalan sepanjang melewati usia persaraan ini. Insya-Allah.

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi kuat melanda Laut Okhotsk

Satu kejadian gempa bumi kuat telah melanda Laut Okhotsk pada jam 11:28...

AMBM @ MY LNASekuriti Makanan @ My LNAUTAMA

Kerang-kerangan di Negeri Sembilan dan Melaka boleh dituai, bacaan biotoksin menurun

PUTRAJAYA, 10 Ogos 2024 – Larangan ke atas penuaian dan penjualan kerang-kerangan...

AMBM @ MY LNADunia @ MY LNAGlobe Newswire

Pemenang Anugerah Stevie® untuk Majikan Hebat 2024 Diumumkan

Pemenang Akan Diraikan dalam satu Majlis di New York pada 16 September...