AM

Gempa bumi sederhana berlaku di Selatan Bali, Indonesia, tiada ancaman tsunami kepada Malaysia

22 Ogos 2022 – Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) memaklumkan bahawa satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Selatan Bali, Indonesia pada pukul 4:36 petang, 22 Ogos 2022.

Maklumat kejadian gempa bumi tersebut adalah seperti berikut :

Waktu Kejadian: 4:36 petang, 22 Ogos 2022
Koordinat: 9.5° Selatan 115.6° Timur
Lokasi: Selatan Bali, Indonesia
Magnitud: 5.8
Jarak: 98km Tenggara dari Denpasar, Indonesia
Kedalaman: 141 km

Mengikut penilaian, tiada ancaman tsunami kepada Malaysia.