AM

JELAJAH ASPIRASI KELUARGA MALAYSIA NEGERI SELANGOR BANTU RINGANKAN BEBAN PENJAGA ANAK-ANAK YATIM AKIBAT PANDEMIK COVID-19

217

SHAH ALAM, 21 Ogos 2022 – Pelancaran BANTU@MyKM pada siri Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia Negeri Selangor membantu meringankan beban penjaga anak- anak yatim yang terkesan akibat pandemik COVID-19, kemalangan atau bencana melalui bantuan saraan bulanan.

Bantuan secara berkala daripada Yayasan Keluarga Malaysia (YKM) bertujuan memberi sokongan terutamanya dalam aspek kebajikan dan pendidikan untuk anak- anak Keluarga Malaysia sehingga mereka mencapai usia 18 tahun. Dalam hal ini, YKM juga memberi bantuan kebajikan dan pendidikan kepada anak-anak Keluarga Malaysia sehingga ke peringkat pengajian tinggi.

Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia Negeri Selangor juga memberi peluang kepada anak-anak muda menyampaikan inspirasi dan pandangan secara telus ke arah masa depan negara melalui program Idea Bina Negara Anak Muda Keluarga Malaysia. Program ini akan dilancarkan oleh Perdana Menteri pada 4 Oktober 2022.

Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (JAKM) yang diilhamkan oleh Perdana Menteri, adalah kesinambungan daripada kejayaan program 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada 9 hingga 12 Disember 2021 lalu.

Negeri Selangor merupakan lokasi kelapan bagi siri JAKM selepas negeri Johor, Perlis, Sabah, Terengganu, Perak, Kelantan dan Sarawak.

Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) merupakan kementerian peneraju bagi jelajah ini yang dilaksanakan dengan kerjasama Kerajaan Negeri Selangor selaku tuan rumah manakala SEPADU, Jabatan Perdana Menteri merupakan penganjur dan penyelaras utama program ini.

Perdana Menteri, YAB Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob telah merasmikan JAKM Negeri Selangor pada 19 Ogos 2022 dan turut menghadiri Kenduri Food Truck @JAKM bersama-sama 3,000 penduduk setempat dalam meraikan semangat Keluarga Malaysia.

Sepanjang tempoh tiga hari penganjuran, rakyat mendapat manfaat dan perkhidmatan terus secara bersemuka dengan pelbagai program menarik disediakan kepada pengunjung. Antaranya penerangan dan tawaran perkhidmatan langsung Kerajaan, pemberian bantuan dan insentif, penawaran peluang kerjaya serta khidmat nasihat dan sesi bimbingan usahawan serta pemberian bantuan.

JAKM Negeri Selangor menawarkan 23,106 peluang pekerjaan menerusi Karnival Kerjaya Jamin Kerja Keluarga Malaysia dengan disertai 90 majikan. Sebanyak 3,084 temuduga dijalankan pada hari pertama dan kedua.

Sebanyak 26 reruai (booth) kaunter perkhidmatan Kementerian, agensi Kerajaan Persekutuan dan juga agensi Kerajaan Negeri mengambil bahagian. Segmen pameran turut membawakan Kapsul Keluarga Malaysia yang memaparkan maklumat berkaitan perancangan dan pencapaian program-program utama Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri.

Pada masa yang sama, pelbagai kaunter perkhidmatan bergerak antaranya Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ Mobile), Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM), Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Perpustakaan Negara Malaysia (PNM), Pusat Sokongan Sosial Setempat (YKN) dan perkhidmatan pergigian (KKM) turut disediakan.

Sebanyak 100 gerai jualan usahawan Industri Kecil dan Sederhana (IKS), 10 gerai Citarasa Keluarga Malaysia, 40 trak jualan makanan (food truck) dan 7 reruai (booth) Jualan Keluarga Malaysia yang menawarkan barangan keperluan dengan harga lebih rendah juga mengambil bahagian pada siri jelajah kali ini. Sebanyak RM12.5 juta jualan berjaya direkodkan sehingga 21 Ogos 2022, pukul 12.00 tengah hari.

Selain itu, program Padanan Perniagaan (Business Matching) yang melibatkan 20 syarikat pasaran tempatan, e-dagang, logistik, peruncitan dan koperasi juga diadakan secara percuma untuk para usahawan.

Program lain yang menjadi tarikan pengunjung ialah program kerohanian seperti Majlis Zikir Berkah Selangor Berselawat, Fun Ride Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia, Konsert Gema Irama @JAKM, seminar percuma yang melibatkan pelbagai topik menarik, demonstrasi oleh Kementerian dan agensi, sukan rakyat, kejohanan e-sukan (e-sport) serta banyak lagi program yang bersesuaian dengan pelbagai peringkat umur. Pengunjung yang berdaftar turut berpeluang memenangi hadiah-hadiah menarik melalui cabutan bertuah yang akan diadakan sepanjang program berlangsung.

Pengurangan saman PDRM akan dibawa bersama bermula JAKM Selangor sehingga Majlis Penutupan di Putrajaya bagi meringankan beban rakyat. Jangan lepaskan peluang ini.

Siri jelajah ini akan diteruskan ke seluruh negara dengan segmen perkhidmatan yang sama bagi memenuhi keperluan rakyat dan membantu penghayatan terhadap pengertian Aspirasi Keluarga Malaysia yang menitik beratkan tiga teras utama iaitu Keterangkuman, Kebersamaan dan Kesyukuran.

Penganjuran jelajah ini merupakan sebahagian daripada usaha Kerajaan untuk menyumbang kepada rakyat yang berfokuskan kepada kemudahan perkhidmatan secara langsung sekaligus memelihara kesejahteraan dan kepentingan Keluarga Malaysia.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Beragamalah dengan ilmu

Oleh: Prof Madya Dr Mohd Anuar Ramli Pada masa kini, umat Islam...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Wasatiyyah kunci rumah terbuka Aidilfitri lestari

Oleh: Dr. Mohd Istajib Mokhtar Barangkali, Malaysia merupakan antara negara Islam paling...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Membawa Generasi Z kembali ke akar tradisi Aidilfitri

Oleh: Prof. Madya Dr. Azmawaty Mohamad Nor, Siti Nurmaliya Zakaria Tradisi hari...

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi sederhana di Rantau Taiwan

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Rantau Taiwan pada pukul...