Jenayah

Ugutan terhadap Ketua Hakim Negara : Pemilik akaun Facebook “Apiez Bond” ditahan reman

137

20 Ogos 2022 – Hasil daripada laporan polis mengenai ancaman dan ugutan di media sosial terhadap Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat, yang dimuat naik oleh pemilik akaun Facebook “Apiez Bond”, tangkapan telah dibuat ke atas seorang lelaki berusia 30 tahun di sebuah rumah di Puchong, Selangor pada 19 Ogos 2022 lebih kurang jam 11.15 malam bagi membantu siasatan.

Dalam satu kenyataan hari ini, Polis Diraja Malaysia (PDRM) berkata turut dirampas daripada suspek adalah satu (1) unit telefon bimbit berserta kad sim yang dipercayai digunakan untuk memuat naik hantaran ugutan tersebut.

“Suspek dibenarkan untuk ditahan reman selama empat (4) hari bermula 20 hingga 23 Ogos 2022 untuk siasatan lanjut.

Siasatan dijalankan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), Jabatan Siasatan Jenayah di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 kerana mengeluarkan kenyataan yang berkecenderungan menghasut, Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana menakutkan secara jenayah dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 iaitu penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian.” kata PDRM.

PDRM memandang serius perkara tersebut dan tidak akan bertolak ansur dengan sebarang tindakan membabitkan isu salah laku jenayah dan isu ketenteraman awam yang boleh mengganggu gugat keamanan.

“Tindakan tegas tanpa kompromi akan diambil terhadap mana-mana pihak yang didapati menyalahgunakan platform media sosial untuk mengancam keselamatan.” tegas PDRM.

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMBM @ MY LNAJenayah

Muat naik komen lucah di Facebook isu khatan bayi anak seorang doktor: Tiga individu dikompaun RM75,000

CYBERJAYA, 18 Julai 2024 – Seramai tiga individu telah dikenakan kompaun berjumlah...

AMBM @ MY LNAJenayahUTAMA

JIM tumpaskan ‘GENG BROGA’

PUTRAJAYA, 9 Jun 2024 – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) telah berjaya menumpaskan...

BM @ MY LNAJenayahUTAMA

Jabatan Imigresen Malaysia tumpaskan premis pelacuran beroperasi lebih 30 tahun di Kuala Lumpur

PUTRAJAYA 25 Mei 2024 – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) telah menumpaskan sebuah...

BM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAJenayahUTAMA

PDRM edar lakaran fotolit suspek kes simbah asid

KUALA LUMPUR. 19 Mei 2024 – Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengedarkan...