Oleh PDRM
KUALA LUMPUR, 9 Ogos 2022 – Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani hari ini menghadiri Mesyuarat Kali Ke-42 Jawatankuasa Am Sempadan (GBC) Malaysia-Indonesia (Malindo) di Dewan Perkasa, Wisma Perwira Angkatan Tentera Malaysia dekat sini.
Mesyuarat tersebut dipengerusikan bersama oleh Menteri Kanan Pertahanan, Dato’ Seri Hishammuddin Hussein bersama Menteri Pertahanan Republik Indonesia, Letnan Jenderal Tentera Nasional Indonesia Purnawirawan Prabowo Subianto.
Yang turut hadir ialah Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Hj. Affendi Buang TUDM, Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan Malaysia, Dato’ Sri Muez Abd Aziz, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Dato’ Sri Wan Ahmad Dahlan bin Haji Abdul Aziz dan KP MKN, Datuk Hj. Rodzi Md. Saad.
Mesyuarat tahunan tersebut antara lainnya membincangkan isu-isu berkaitan operasi, latihan, perisikan dan pendidikan selain kerjasama kepolisian dan sosio-ekonomi bagi kedua-dua buah negara berjiran.
Di sebelah malamnya pula, Tan Sri Acryl Sani dijangka menghadiri Majlis Makan Malam GBC Malindo di Hotel Mandarin Oriental, di sini.
- Hollywood’s Style Icon Zendaya Makes Her Stunning Wax Debut at Madame Tussauds Singapore
- GangaGen Secures additional US$7.9 Million from CARB-X for Pre-clinical Development of Novel Klebicins Targeting Nosocomial Pneumonia caused by Multidrug-resistant Klebsiella pneumoniae
- Star-Studded Christmas Music Gala Lights Up the Stage
- Graphisoft Strengthens Presence in Southeast Asia Amid BIM Demand Surge
- Leading the Way: Singapore’s Exceptional Achievements at the ACES Awards 2024
Leave a comment