Sains, Teknologi & Komunikasi @ My LNA

Malaysia telah tandatangi dua (2) daripada lima (5) perjanjian atau konvensyen angkasa lepas antarabangsa berkaitan angkasa di bawah PBB

88

PUTRAJAYA 7 Ogos 2022 – Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) memaklumkan bahawa sehingga kini, Malaysia telah menandatangi dua (2) daripada lima (5) perjanjian atau konvensyen angkasa lepas antarabangsa berkaitan angkasa di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Ianya bagi tujuan untuk melindungi dan menjaga keselamatan serta kedaulatan negara

Tambah MOSTI, bagi proses meratifikasi atau menganggotai kesemua perjanjian atau konvensyen tersebut sedang dipertimbangkan selaras kepentingan negara.

Berikut adalah senarai triti antarabangsa berkaitan angkasa dan status penyertaan Malaysia adalah :

Bil.TritiStatus Penyertaan Malaysia
1.Treaty on Principle Governing the Activities of States in the Exploration and Use of Outer Space, Including the Moon and Other Celestial Bodies, 1967. (OST 1967)Telah ditandatangani tetapi belum diratifikasi
2.Agreement on the Rescue of Astronauts, the Return of Astronauts and the Return of Objects Launched into Outer Space, (ARRA 1968)Telah ditandatangani
tetapi belum diratifikasi
3. Convention on International Liability for Damage Caused by Space Objects, (LIAB 1972)Belum ditandatangani
dan belum diratifikasi
4.Convention of Registration of Objects Launched into Outer Space, 1975. (REG 1975)Belum ditandatangani
dan belum diratifikasi
5.Agreement Governing the Activities of State on the Moon and Other Celestial Bodies, 1979. (MOON 1979)Belum ditandatangani
dan belum diratifikasi

“Justeru, keanggotaan Malaysia dalam Pertubuhan United Nation-Committee on the Peaceful Uses of Outer Space (UNCOPUOS) sejak tahun 1994 menunjukkan komitmen negara untuk melaksanakan tanggungjawabnya dalam sektor angkasa di peringkat antarabangsa.

Komitmen negara ini telah dibuktikan melalui pewartaan Akta Lembaga Angkasa Malaysia 2022 [Akta 834] pada 25 Januari 2022. Dengan adanya Akta 834 ini, membolehkan Kerajaan melalui Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) mempertimbangkan tindakan yang perlu untuk meratifikasi kesemua perjanjian atau konvensyen antarabangsa berkaitan angkasa selaras keutamaan dan kepentingan negara.” kata MOSTI.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

BM @ MY LNAPendapat @ My LNASains, Teknologi & Komunikasi @ My LNAUTAMA

Merakyatkan ilmu sains demi masa hadapan 

Oleh: Prof. Madya Ts. Dr. Zul Ilham Zulkiflee Lubes Di dalam era...

AMBM @ MY LNAKomunikasi Digital @ My LNASains, Teknologi & Komunikasi @ My LNAUTAMA

CCoE fokus latihan keselamatan siber

CYBERJAYA, 26 Mac 2024 – Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim hari...