AM

PJD LINK: Menteri Kanan Jumpa Wakil Penduduk Petaling Jaya

445

2 Ogos 2022 – Susulan permintaan daripada penduduk yang terlibat dengan pelaksanaan projek pembinaan lebuh raya Petaling Jaya Traffic Dispersal Elevated Highway (PJD Link), Menteri Kanan Kerja Raya, YB Dato’ Sri Hj Fadillah Hj Yusof, petang ini telah mengadakan pertemuan dengan wakil penduduk Petaling Jaya berhubung cadangan pelaksanaan projek berkenaan.

Dalam pertemuan itu, Menteri Kanan Kerja Raya telah memberi penjelasan terperinci berhubung cadangan pelaksanaan projek PJDLink kepada wakil penduduk dan menzahirkan komitmen kerajaan dalam memastikan pihak syarikat pencadang melaksanakan Kajian Impak Alam Sekitar (EIA), Penilaian Impak Trafik (TIA) dan Penilaian Impak Sosial (SIA) selaras dengan Syarat Duluan / Condition Precedent (CP) yang ditetapkan dalam Perjanjian Konsesi. Mereka juga perlu memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri Selangor.

Dalam pertemuan yang berlangsung di Bangunan Parlimen itu juga, Menteri Kanan Kerja Raya telah menekankan bahawa pihak syarikat diberi kelulusan bersyarat, iaitu dalam tempoh setahun mestilah mengemukakan laporan EIA, TIA dan SIA. Ia juga perlu dibentangkan semula kepada Kerajaan Negeri untuk mendapatkan kelulusan. Setelah itu, baharulah ianya akan di bawa kepada Kementerian Kerja Raya untuk kelulusan muktamad.

Pihak Syarikat juga perlu mengadakan sesi libat urus bersama wakil penduduk dan pihak berkepentingan di jajaran terlibat.

Wakil penduduk yang hadir dalam pertemuan dengan Menteri Kanan Kerja Raya hari ini ialah Encik James Tan, Encik David Yoong, Encik Michael Kum, Encik Justin Lee, Encik Melvon David dan Encik Thomas Ng.

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi kuat melanda Laut Okhotsk

Satu kejadian gempa bumi kuat telah melanda Laut Okhotsk pada jam 11:28...

AMBM @ MY LNASekuriti Makanan @ My LNAUTAMA

Kerang-kerangan di Negeri Sembilan dan Melaka boleh dituai, bacaan biotoksin menurun

PUTRAJAYA, 10 Ogos 2024 – Larangan ke atas penuaian dan penjualan kerang-kerangan...

AMBM @ MY LNADunia @ MY LNAGlobe Newswire

Pemenang Anugerah Stevie® untuk Majikan Hebat 2024 Diumumkan

Pemenang Akan Diraikan dalam satu Majlis di New York pada 16 September...