AMEkonomi @ My LNANiaga @ My LNA

Kejayaan F3M tangkis persepsi francais perniagaan ‘kayangan’

343

DAMANSARA 28 Julai 2022 – Program Francais Mikro dan Mampu Milik (F3M) telah mula menunjukkan kejayaan dalam membantu melahirkan pemilik francais daripada golongan B40 dan M40. Program tersebut dijalankan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dengan kerjasama Persatuan Francais Malaysia (MFA).

Dalam satu kenyataan hari ini, KPDNHEP berkata kejayaan tersebut juga sekaligus telah berjaya menempatkan golongan itu dalam arus pembangunan industri francais serta mengikis persepsi bahawa francais merupakan perniagaan ‘kayangan’ kerana memerlukan modal yang besar. Tambah KPDNHEP pelaksanaan F3M juga merupakan komitmen KPDNHEP dalam usaha meningkatkan penglibatan golongan B40 dan M40 dalam industri francais bukan sekadar sebagai pekerja di outlet francais tetapi sebagai pemilik kepada jenama terkenal francais tempatan.

“Lawatan oleh YB Dato’ Rosol bin Wahid, Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal (KPDNHEP) ke outlet Global Art Damansara Perdana, Petaling Jaya, Selangor dan pertemuan dengan pemilik outlet iaitu Cheong Shu Qi yang merupakan golongan B40 adalah bagi mengetahui perkembangan terkini pengoperasian outlet francais di bawah pelaksanaan F3M. Outlet Global Art Damansara Perdana merupakan salah satu outlet francais yang dilahirkan oleh KPDNHEP melalui inisiatif pemberian Geran Padanan (Matching Grant) di bawah pelaksanaan Program F3M. Global Art merupakan jenama francais tempatan bertaraf antarabangsa yang telah mempunyai 168 outlet dalam negara dan 493 outlet di luar negara. Sehingga kini, Global Art telah berkembang ke 21 negara antaranya Indonesia, Vietnam, Hong Kong, India, Australia, Arab Saudi dan Amerika Syarikat.

Inisiatif F3M yang diperkenalkan pada tahun 2021 dengan tujuan untuk meningkatkan bilangan perniagaan francais berskala mikro dan mampu milik dalam negara serta membantu meningkatkan kualiti hidup golongan B40 dan M40 untuk menjana pendapatan. Program F3M yang dilaksanakan ini bukan sahaja memberi peluang kepada francaisor mengembangkan jenama francais mereka, tetapi juga dapat melahirkan lebih ramai pemain industri francais khususnya di kalangan generasi muda M40 dan B40 selaras dengan hasrat Kerajaan untuk merapatkan jurang pendapatan dan mengurangkan kadar pengangguran.” kata KPDNHEP.

Tambahnya, KPDNHEP amat menghargai komitmen semua pihak yang terlibat dalam menjayakan Program F3M dan pencapaian penerima geran yang berjaya membuka perniagaan francais di bawah inisiatif tersebut.

“Adalah diharapkan agar pihak Kerajaan dapat mempertimbangkan untuk meneruskan Program F3M ini untuk jangka masa panjang bagi melahirkan lebih ramai lagi pemilik perniagaan francais pada masa hadapan dan penciptaan pekerjaan baharu.” kata KPDNHEP.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAJenayahUTAMA

JIM berjaya tumpaskan sindiket ejen pekerja asing, dua suspek berkahwin dengan warganegara Malaysia

PUTRAJAYA, 28 Mac 2024 – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) berjaya menumpaskan satu...

Biz @ My LNABM @ MY LNANiaga @ My LNA

Pemegang Saham sokong dua cadangan SCIB dalam EGM

KUCHING, SARAWAK, 27 Mac 2024 – Pakar sistem bangunan perindustrian, Sarawak Consolidated...

AMBM @ MY LNAPendidikan @ My LNAUTAMA

Peluang meringan dan memendek tempoh pengajian universiti dengan microcredential  

Oleh: Dr. Zahiruddin Fitri Abu Hassan Tahukah anda, sebenarnya sejak dari tahun...