24 Julai 2022 – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) melalui OPS ATM berjaya membendung satu sendiket menjual minyak masak bersubsidi paket 1kg yang boleh menjejaskan kesejahteraan Keluarga Malaysia.
Dalam satu siaran media pada hari ini, Ketua Pengarah Penguat Kuasa Bahagian Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Azman Adamn menyatakan pada 22 Julai 2022, KPDNHEP Cawangan Sepang telah mengambil tindakan ke atas sebuah pasaraya terletak di Kota Warisan, Sepang kerana menyorok minyak masak bersubsidi paket 1 kg daripada dijual kepada pelanggan.
Katanya, dokumen deklarasi berhubung keberadaan sebenar bekalan minyak masak bersubsidi berkenaan juga gagal diberikan kepada pasukan pemeriksa, sebagaimana disyaratkan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 (AKB 1961).
“Pasaraya berkenaan dikenakan tindakan di bawah Seksyen 19, AKB 1961, atas kesalahan menjual barang kawalan berjadual secara bersyarat. Tindakan rampasan telah dibuat ke atas beberapa barangan iaitu minyak masak paket 1kg sejumlah 1,944 unit/ kg dan lain-lain dokumen urus niaga berkaitan. Jumlah rampasan bernilai RM 4,860.00.
“Pada masa yang sama kesalahan turut disiasat di bawah peruntukan AKB 1961 iaitu :
- Seksyen 16A (1)(b) – enggan menjual barang berjadual dalam milikannya dengan kuantiti yang munasabah kepada pelanggan dalam urusan perniagaan.
- Peraturan 13(1)&(2) PPKB 1974 – penyelenggaraan buku stok bagi barangan berjadual oleh pemborong dan peruncit.
“Jika disabit kesalahan di bawah Seksyen 22 (1) Akta Kawalan Bekalan 1961, kesalahan boleh didenda tidak melebihi Satu Juta Ringgit Malaysia (RM1,000,000.00) bagi orang perseorangan atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali.” ujar Azman.
- Must-Have Holiday Gift: Exotic Snack Guys Mystery Box Takes Center Stage
- Daily Fit Notes Rolls Out Affordable Fitness Solutions for the Modern Lifestyle
- Motiv Electric Trucks Crosses 5 Million Mile Mark
- Bybit One-Click Buy Offers a Winning Chance in First-Time Deposits Lucky Draws
- Hummingbird Creative Group Honored for Creative Excellence and Impact in 2024
Leave a comment