AM

Jual minyak masak subsidi paket 1kg bersyarat : sebuah pasaraya dikenakan tindakan

218

24 Julai 2022 – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) melalui OPS ATM berjaya membendung satu sendiket menjual  minyak masak bersubsidi paket 1kg  yang boleh menjejaskan kesejahteraan Keluarga Malaysia.

Dalam satu siaran media pada hari ini, Ketua Pengarah Penguat Kuasa Bahagian Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Azman Adamn menyatakan pada 22 Julai 2022, KPDNHEP Cawangan Sepang telah mengambil tindakan ke atas sebuah pasaraya terletak di Kota Warisan, Sepang kerana menyorok minyak masak bersubsidi paket 1 kg daripada dijual kepada pelanggan.

Katanya, dokumen deklarasi  berhubung keberadaan sebenar bekalan minyak masak bersubsidi berkenaan juga gagal diberikan kepada pasukan pemeriksa, sebagaimana disyaratkan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 (AKB 1961).

“Pasaraya berkenaan dikenakan tindakan di bawah Seksyen 19, AKB 1961, atas kesalahan menjual barang kawalan berjadual secara bersyarat.  Tindakan rampasan telah dibuat ke atas beberapa barangan iaitu minyak masak paket 1kg sejumlah 1,944 unit/ kg dan lain-lain dokumen urus niaga berkaitan. Jumlah rampasan bernilai RM 4,860.00.

“Pada masa yang sama kesalahan turut disiasat di bawah peruntukan AKB 1961  iaitu :

  • Seksyen 16A (1)(b) – enggan menjual barang berjadual dalam milikannya dengan kuantiti yang munasabah kepada pelanggan dalam urusan perniagaan.
  • Peraturan 13(1)&(2) PPKB 1974 – penyelenggaraan buku stok bagi barangan berjadual oleh pemborong dan peruncit.

“Jika disabit kesalahan di bawah Seksyen 22 (1) Akta Kawalan Bekalan 1961, kesalahan boleh didenda tidak melebihi Satu Juta Ringgit Malaysia (RM1,000,000.00) bagi orang perseorangan atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali.” ujar Azman.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNASukan @ My LNAUTAMA

Dua kertas pertimbangan dibentang dalam mesyuarat JKPS

PUTRAJAYA, 18 April 2024 – Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr. Ahmad...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Syawal ceria apabila adab dijaga

Oleh: Prof Madya Dr Aizan Ali@ Mat Zin Syawal merupakan bulan kemenangan...

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi kuat melanda Shikoku, Jepun

Satu kejadian gempa bumi kuat telah berlaku di Shikoku, Jepun pada jam...

AMBM @ MY LNA

Majlis Sambutan Aidilfitri MADANI bersama PM di 7 buah negeri

PUTRAJAYA, 17 April 2024 – Majlis Sambutan Aidilfitri MADANI Bersama YAB Perdana...