Ekonomi @ My LNAPengguna @ My LNA

Kesan langsung daripada pola penurunan harga CPO dilihat berlaku amat perlahan – Menteri KPDNHEP

73

22 Julai 2021 – Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Dato Sri Alexander Nanta Linggi memaklumkan bahawa harga minyak masak botol di peringkat peruncit kini mula merekodkan penyusutan, susulan penurunan harga minyak masak mentah (CPO) di pasaran sehingga mencecah paras RM3,814 semalam.

Bagaimanapun katanya, ‘reflection’ atau kesan langsung daripada pola penurunan harga CPO dilihat berlaku amat perlahan.

Dalam satu catatan di Facebook rasmi pada hari ini, beliau menjelaskan kali terakhir paras rendah sebegitu direkodkan adalah pada Julai 2021, manakala kadar tertinggi menjangkau RM8,076 dicatatkan pada Mac tahun ini.

“Dalam lawatan turun padang ke premis pemborong, Chan Era (M) Sdn Bhd, di Sibu hari ini, pengusaha memaklumkan bahawa minyak masak tulen kemasan botol 5kg sudah dijual pada harga RM39 di peringkat peruncit, berbanding RM45 pada bulan lalu. Pengurangan harga sebanyak 13 peratus ini adalah hanya permulaan, memandangkan unjuran pasaran menunjukkan pola penyusutan harga berikutan kesan CPO akan terus berlaku.

Mengikut simulasi KPDNHEP sebelum ini, kadar CPO semasa (RM3,814.50) sepatutnya menyebabkan harga minyak masak botol 5kg dipasarkan di peringkat peruncit sekitar RM30.65. Bagaimanapun, ‘reflection’ atau kesan langsung daripada pola penurunan harga CPO dilihat berlaku amat perlahan.

Sehubungan itu, Jawatankuasa Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi memberi penegasan kepada industri supaya sebarang penyusutan harga CPO wajar memberi kesan langsung kepada harga minyak masak botol di peringkat peruncit. Jangan ada pihak yang cuba melengahkan perubahan harga mengikut CPO ini, dengan alasan kerana nak menghabiskan stok bekalan lama.” kata Alexander.

Dalam pada itu berdasarkan libat urus bersama Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (MPIC), beliau dimaklumkan bahawa usaha untuk menukar penetapan harga pembelian buah tandan segar (BTS) mengikut mingguan, berbanding bulanan ketika ini giat dijalankan.

“Menerusi usaha ini, sebarang kesan langsung harga dapat dilihat dalam purata seminggu hingga seminggu setengah, berbanding dua hingga dua bulan setengah sekarang.” ujarnya.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

BM @ MY LNAEkonomi @ My LNAUTAMA

Tindakan puak Houthi di Yaman tidak beri impak besar kepada ekonomi Malaysia

Menteri Pelaburan, Perdagangan & Industri, Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku...

AMBM @ MY LNAEkonomi @ My LNAKewangan @ My LNAUTAMA

Pelabur tunjuk minat tinggi untuk fahami asas dan potensi ekonomi Malaysia

Menteri Kewangan II, Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan telah mengetuai delegasi...