COVID-19 @ My LNAKesihatan @ My LNA

Situasi terkini COVID-19

192

18 Julai 2022 – Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dato’ Seri Dr. Noor Hisham Abdullah memaklumkan dari 25 Januari 2020 (ME 4/2020) hingga 16 Julai 2022 (ME 28/2022), situasi terkini COVID-19 adalah seperti berikut:

  • Kumulatif kes baharu: 4,619,045;
  • Kumulatif kes sembuh: 4,540,717 kes;
  • Kumulatif kes kematian: 35,848 kes; dan
  • Kumulatif kluster: 7,026 kluster (kluster aktif: 12 kluster).

Perbandingan antara ME 27/2022 dan ME 28/2022:

  • Bilangan kes sembuh pada ME 28/2022 telah meningkat sebanyak 16.8 peratus (16,379 kes kepada 19,138 kes)
  • Bilangan kes baharu pada ME 28/2022 telah meningkat sebanyak 23.4 peratus (21,355 kes kepada 26,355 kes)
    • Bilangan kes tempatan meningkatsebanyak 23.4 peratus (21,325 kes kepada 26,317 kes); dan
    • Bilangan kes import meningkat sebanyak 26.6 peratus (30 kes kepada 38 kes).
  • Bilangan kes kematian pada ME 28/2022 menunjukkan peningkatan sebanyak 2.6 peratus (38 kes kepada 39 kes) berbanding ME 27/2022; dan
  • Purata kes aktif setiap hari bagi ME 28/2022 adalah 38,110 iaitu terdapat peningkatan sebanyak 18.6 peratus berbanding minggu sebelumnya 

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMBM @ MY LNAKesihatan @ My LNAPendidikan @ My LNAUTAMA

Sejuta Harapan beri sinar baharu kepada pejuang kemurungan

Seramai 35 orang pejuang kemurungan klinikal (Major Depressive Disorder, MDD) telah berkumpul...

AMBM @ MY LNAKesihatan @ My LNAUTAMA

Selangor catat bilangan lokaliti hotspot denggi tertinggi

PUTRAJAYA, 21 Julai 2024 – Pada Minggu Epidemiologi ke-28 tahun 2024, jumlah...

AMBM @ MY LNAKesihatan @ My LNA

Program kerjasama AADK-MAIS sediakan perkhidmatan rawatan dan pemulihan dadah

SELANGOR, 19 Julai 2024 – Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) bersama Majlis Agama...