AMEkonomi @ My LNA

Tindakan Kebankrapan Adalah Jalan Terakhir Institusi Kewangan

149

15 Julai 2022 – Berhubung dengan isu muflis yang digembar-gemburkan sebagai sinonim dengan keadaan kewangan yang semakin parah, Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Nor Shamsiah binti Mohd Yunus menjelaskan apabila dilihat dari segi trend dan maklumat terkini daripada bank-bank dan institusi bukan bank terpilih (penyedia perkhidmatan sewa beli), trend kes muflis bagi individu semakin menurun sejak tahun 2016.

Katanya dalam satu kenyataan hari ini, ia termasuk tempoh masa di mana OPR meningkat pada tahun 2018. Jumlah golongan belia (individu berumur kurang daripada 35 tahun) yang muflis juga menunjukkan trend penurunan yang sama, mencakupi 14% daripada jumlah kes muflis antara Januari hingga Mei 2022 (purata 2017-2019: 24.9%).

“Untuk mengisytiharkan seseorang sebagai muflis bukanlah perkara mudah. Banyak prosedur yang perlu dipatuhi oleh institusi kewangan atau pemiutang lain. Tindakan kebankrapan adalah jalan terakhir oleh institusi kewangan, setelah segala usaha pemulihan lain dilakukan untuk mendapatkan balik pinjaman yang telah diberi kepada peminjam.

Mengikut Prinsip Layanan Adil kepada Pengguna Kewangan dan Amalan Pembiayaan yang Bertanggungjawab yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia, institusi kewangan dikehendaki untuk memastikan peminjam yang menghadapi kesulitan dalam membayar balik pinjaman dilayan dengan adil dan diberi pertimbangan yang sewajarnya sebelum sebarang tindakan kebankrapan diambil. Bagi para peminjam yang menghadapi kesulitan untuk membuat bayaran balik pinjaman, mereka digalakkan supaya mengambil tindakan pro-aktif untuk menghubungi institusi kewangan masing-masing sebelum pinjaman tersebut menjadi pinjaman tidak berbayar bagi mengelakkan petisyen kebankrapan difailkan oleh institusi kewangan. Ini membolehkan institusi kewangan untuk menawarkan pakej bayaran balik pinjaman yang sesuai kepada peminjam bagi membantu mereka ketika menghadapi kesulitan kewangan.

BNM juga mendapati peminjam telah beransur-ansur keluar daripada program bantuan bayaran balik pinjaman dan trend bayaran balik pinjaman sistem perbankan juga mencatatkan penambahbaikan pada Suku Pertama 2022, di mana trend ini meningkat kepada purata 92% daripada tahap bayaran balik pinjaman sebelum pandemik (Suku Pertama 2020).” kata Nor Shamsiah.

Tambahnya, peminjam juga boleh mendapatkan khidmat nasihat daripada Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) untuk dipertimbangkan di bawah Program Pengurusan Kredit (PPK).

“Program ini dapat membantu mereka untuk menstrukturkan semula pinjaman sedia ada dan seterusnya, membolehkan peminjam untuk terus membayar balik pinjaman. Hal ini dapat mengelakkan mereka daripada tindakan undang-undang yang boleh diambil seperti kebankrapan atau lelongan harta, sekiranya peminjam gagal meneruskan bayaran balik pinjaman. Sejak penubuhannya pada tahun 2006, AKPK telah memberikan khidmat nasihat kewangan kepada 1.2 juta peminjam. Daripada jumlah tersebut, 360,095 peminjam telah dibantu di bawah PPK. Untuk pertanyaan lanjut atau bagi mendapatkan perkhidmatan AKPK, orang ramai boleh melayari laman sesawang AKPK (www.akpk.org.my) atau membuat temu janji melalui Borang Permohonan Perkhidmatan AKPK (services.akpk.org.my).

BNM juga bekerjasama rapat dengan rakan kongsi dan agensi lain melalui Jaringan Pendidikan Kewangan (Financial Education Network, FEN) untuk mempergiatkan usaha meningkatkan celik kewangan dalam kalangan individu supaya mereka boleh membuat keputusan kewangan berdasarkan maklumat yang mencukupi sambil memupuk sikap peminjam yang bertanggungjawab. Perkara ini amat penting bagi memperkukuh lagi sistem kewangan yang utuh dan mengekalkan aliran kredit kepada ekonomi.

Perlu dijelaskan bahawa selain institusi kewangan, tindakan kebankrapan turut diambil oleh pemiutang lain yang berada di luar bidang kuasa BNM, seperti syarikat pemberi kredit, pembekal dan sebagainya.” katanya.

Sehubungan itu, kementerian dan agensi yang terbabit dalam hal ini sedang giat berusaha untuk memastikan peminjam/penghutang mendapat layanan yang adil dan bertanggungjawab melalui penggubalan Akta Kredit Pengguna (AKP) dan penubuhan Lembaga Pemantauan Kredit Pengguna di bawah Kementerian Kewangan serta penetapan standard dan garis panduan yang seragam berkaitan dengan Prinsip Layanan Adil kepada Pengguna Kewangan dan Amalan Pembiayaan yang Bertanggungjawab.

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi kuat melanda Laut Okhotsk

Satu kejadian gempa bumi kuat telah melanda Laut Okhotsk pada jam 11:28...

AMBM @ MY LNASekuriti Makanan @ My LNAUTAMA

Kerang-kerangan di Negeri Sembilan dan Melaka boleh dituai, bacaan biotoksin menurun

PUTRAJAYA, 10 Ogos 2024 – Larangan ke atas penuaian dan penjualan kerang-kerangan...

AMBM @ MY LNADunia @ MY LNAGlobe Newswire

Pemenang Anugerah StevieĀ® untuk Majikan Hebat 2024 Diumumkan

Pemenang Akan Diraikan dalam satu Majlis di New York pada 16 September...