Kesihatan @ My LNA

KKM akan agihkan stok penimbal ubat-ubatan kerajaan kepada klinik dan hospital swasta

272

15 Jun 2022 – Bagi menangani situasi kekurangan ubat-ubatan di pasaran, Kementerian Kesihatan (KKM) akan mengagihkan stok penimbal ubat-ubatan kerajaan kepada klinik dan hospital swasta. Langkah itu merupakan susulan kepada pengumuman yang dibuat pada 13 Jun lepas berhubung peminjaman ubat-ubatan dari klinik kesihatan dan hospital KKM kepada klinik swasta, sebagai langkah penyelesaian sementara.

“Bagaimanapun isu kekurangan bekalan ubat masih berlarutan dan aduan masih saya terima terutama daripada farmasi komuniti dan klinik-klinik swasta kecil yangtidak dapat bekalan, terutamanya ubat-ubatan untuk batuk dan selesema serta ubat-ubatan untuk kegunaan kanak-kanak.” kata Menterinya, Khairy Jamaluddin dalam satu sidang media hari ini.

Jelasnya stok penimbal kerajaan diuruskan Pharmaniaga Bhd dan pengagihan akan didahulukan kepada klinik-klinik dan hospital swasta yang mengalami kekurangan ubat.

“Ada banyak andaian kenapa ini berlaku, antaranya adalah sistem imun kanak-kanak sangat rendah disebabkan mereka berada di rumah untuk dua tahun dan tidakberhadapan dengan apa-apa kuman ataupun virus dan apabila keluar (kembali) mereka terdedah dengan sistem imun yang yang sangat lemah, ini menyebabkanpeningkatan kes-kes selesema.

Antara punca kekurangan bekalan ubat di pasaran adalah kerana gangguan bekalan berikutan polisi ‘
lockdown’ China memandangkan banyak ramuan dan bekalan ubat-ubatan datangnya daripada negara itu, serta masalah geopolitik di Ukraine.

Kita telah berbincang dengan pengilang-pengilang, mereka akan tingkatkan produksi (pengeluaran) yang dikatakan akan lebih stabil pada suku tahun ketiga, iaitudua bulan lagi. Sementara kita menunggu pengeluaran daripada kilang kita lebih stabil, saya setuju supaya stok penimbal kerajaan dilepaskan dahulu untuk klinik danhospital swasta serta merta,” kata Khairy.

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMBM @ MY LNAKesihatan @ My LNAUTAMA

Selangor catat bilangan lokaliti hotspot denggi tertinggi

PUTRAJAYA, 21 Julai 2024 – Pada Minggu Epidemiologi ke-28 tahun 2024, jumlah...

AMBM @ MY LNAKesihatan @ My LNA

Program kerjasama AADK-MAIS sediakan perkhidmatan rawatan dan pemulihan dadah

SELANGOR, 19 Julai 2024 – Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) bersama Majlis Agama...

AMBernamaBM @ MY LNAKesihatan @ My LNA

Penerbitan Summary Of The Malaysia National Cancer Registry Report 2017-2021

KUALA LUMPUR, 19 Julai 2024 (Bernama) – Kanser terus meningkat sebagai penyakit kronik,...