AMSains, Teknologi & Komunikasi @ My LNA

DOSM terima Anugerah Kecemerlangan PendokongPerkongsian Data Nasional (Sektor Awam)

99

PUTRAJAYA 3 JULAI 2022 – Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) telah menerima Anugerah Kecemerlangan PendokongPerkongsian Data Nasional (Sektor Awam) sempena Majlis Digital Economy Industry Apperciation Award oleh MDEC.

Anugerah itu telah disampaikan oleh , Menteri Komunikasi dan Multimedia,Tan Sri Datuk Seri Panglima TPr Annuar Haji Musa, kepada Ketua Perangkawan Malaysia Dato’ Sri Dr. Mohd Uzir Mahidin, di KLCC.

Dalam satu kenyataan media semalam, DOSM berkata Anugerah tersebut merupakan penghargaan dan menjadi pembakar semangat buat seluruh warga kerja DOSM agar terus berdedikasi dalam melaksanakan tugas penyampaian statistik yang berkualiti kepada orang awam meskipun berdepan dengan pelbagai cabaran termasuk pandemik COVID-19 dan peningkatan keperluan pelbagai data baru serta real time data bagi pengurusan sosio ekonomi negara dalam persekitaran yang semakin kompleks.

“DOSM sebagai agensi utama dalam urus tadbir data negara menyediakan sistem maklumat statistik yang bermutu, relevan serta capaian dalam bentuk real time. Selain itu, DOSM memastikan produk dan perkhidmatan yang disediakan berorientasikan pengguna dan bertepatan masa dengan membekalkan data kepada agensi pusat untuk pembentukan dasar perancangan pembangunan dan pentadbiran negara.

Sehingga 1 Julai 2022, Portal DOSM, www.dosm.gov.my telah dilawati seramai 5,734,113 pelawat. Manakala, sebanyak 1,166 penerbitan statistik (109 Bulanan, 32 Suku Tahunan, 200 Tahunan dan 825 Ad Hoc) serta 125 stats alert telah dikeluarkan.

Dalam penerbitan visual interaktif penyebaran data, DOSM telah menyediakan sebanyak lima (5) buah platform iaitu Malaysia External Trade Statistics Online, Busines Cycle Clock Malaysia CPI Inflation Calculator, My Local Stas dan Population Quick info.” kata DOSM.

Tambah DOSM, sebanyak sembilan (9) buah Dashboard juga telah disediakan iaitu Agricultural Analytical System, Tourism Dashboard, Malaysia Economic Recovery Dashboard, National Occupational Accident Statistics, Job Market Insights, My Job Profile, Malaysia Labour Market Interactive Data (MyLMID), OpenDOSM dan Population and Housing Census of Malaysia Dashboard (MyCendash).

“DOSM juga telah membangunkan sebanyak tujuh (7) buah portal data iaitu e-Statistik, StatsDW, StatsBDA, Stats Geopartal, Stats Digital, MysIDC dan Portal Banci.

Pada 27 Jun 2022, YB Dato’ Sri Mustapa Mohamed, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) telah merasmikan StatsDW 2.0 yang ketika ini telah mengandungi 501 set data dan 13 hab data. Ia merupakan salah satu inisiatif gerbang data oleh DOSM untuk mengumpul dan menyimpan semua data yang diperoleh sama ada daripada survei atau banci, daripada penyepaduan integrasi sistem, atau daripada data pentadbiran agensi atau organisasi lain, ke dalam gudang data untuk memudahkan pengurusan, tadbir urus, perkongsian dan penyebaran data serta metadata yang cekap di dalam satu platform.

Manakala, KAWASANKU adalah pembangunan platform data terbuka generasi baharu yang mengandungi informasi berkaitan profil demografi penduduk berdasarkan penemuan Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020. KAWASANKU yang telah dilancarkan pada 13 Jun 2022 di Facebook DOSM, @statsMalaysia ini boleh dilayari dipautan iaitu https://kawasanku.dosm.gov.my/. Inisiatif ini dibangunkan adalah bertujuan untuk memperluaskan dan menggalakkan pengguna mengakses data dalam bentuk machine-readable format seperti yang dilaksanakan menerusi OpenDOSM, https://open.dosm.gov.my.” katanya.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Beragamalah dengan ilmu

Oleh: Prof Madya Dr Mohd Anuar Ramli Pada masa kini, umat Islam...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Wasatiyyah kunci rumah terbuka Aidilfitri lestari

Oleh: Dr. Mohd Istajib Mokhtar Barangkali, Malaysia merupakan antara negara Islam paling...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Membawa Generasi Z kembali ke akar tradisi Aidilfitri

Oleh: Prof. Madya Dr. Azmawaty Mohamad Nor, Siti Nurmaliya Zakaria Tradisi hari...

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi sederhana di Rantau Taiwan

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Rantau Taiwan pada pukul...