AMEkonomi @ My LNA

Koperasi mampu menjadi pendekatan efektif dalam tangani cabaran kos sara hidup serta isu bekalan rantaian makanan

68

2 Julai 2022 – Perdana Menteri Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob yakin koperasi mampu menjadi pendekatan efektif dalam menangani cabaran kos sara hidup serta isu bekalan rantaian makanan.

Katanya dalam satu hantaran di Facebook rasminya semalam, sudah tiba masanya seluruh gerakan koperasi untuk menyahut seruan ‘Jihad Memerangi Orang Tengah’, dan ANGKASA memainkan peranan lebih signifikan dalam memperkasa agenda sekuriti makanan negara.

Beliau turut berharap penjenamaan semula kedai-kedai koperasi di bawah jenama, CoopMart diperkasakan bagi membezakan koperasi dan perniagaan lain.

“Pada masa sama, saya turut mengumumkan:

Pertama, peruntukan RM100 juta di bawah Tabung Agromakanan diletakkan di bawah SKM bagi mengembangkan industri agromakanan khususnya penternakan ayam.

Kedua, koperasi-koperasi diberi kuota pekerja asing agar urusan perladangan berjalan lancar.

Ketiga, Kerajaan pada dasarnya bersetuju penubuhan Koperasi Rakyat BR 2.0 Malaysia Berhad sebagai sebuah entiti koperasi yang baharu ditubuhkan di bawah Akta Koperasi 1993 [Akta 502] dan dikawal selia oleh SKM.

Keempat, peruntukan khusus RM10 juta kepada KUSKOP bagi membiayai penganjuran aktiviti-aktiviti kolaborasi strategik bersama persatuan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) seperti penganjuran pameran dan ekspo.

Kelima, perundingan dijalankan dengan pihak Kementerian Kewangan dan Bank Negara agar salah satu daripada lima konsortium yang diberi kebenaran menubuhkan bank digital untuk membuka dan mengambil ANGKASA sebagai rakan kongsi.” kata Ismail.

Beliau juga berharap gerakan koperasi di Malaysia akan terus bergerak secara bersepadu dan berkembang pesat.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Beragamalah dengan ilmu

Oleh: Prof Madya Dr Mohd Anuar Ramli Pada masa kini, umat Islam...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Wasatiyyah kunci rumah terbuka Aidilfitri lestari

Oleh: Dr. Mohd Istajib Mokhtar Barangkali, Malaysia merupakan antara negara Islam paling...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Membawa Generasi Z kembali ke akar tradisi Aidilfitri

Oleh: Prof. Madya Dr. Azmawaty Mohamad Nor, Siti Nurmaliya Zakaria Tradisi hari...

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi sederhana di Rantau Taiwan

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Rantau Taiwan pada pukul...