AM

Bekalan ikan mencukupi dan konsisten dengan kadar permintaan – LKIM

455
Mackerel in market

28 Jun 2022 – Walaupun tinjauan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) mendapati bekalan ikan adalah mencukupi dan konsisten dengan kadar permintaan, Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) melalui agensinya LKIM tetap mengambil langkah responsif terhadap kegusaran rakyat atau pengguna serta terus proaktif memastikan kelangsungan bekalan makanan terjamin.

Menurut LKIM dalam satu kenyataan media hari ini, Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Sekuriti Makanan Negara telah bersetuju cadangan LKIM untuk melaksanakan Program Stokpail Ikan Segar Beku QFISH dalam usaha menangani isu kekurangan bekalan ikan terutama ketika musim tengkujuh serta isu kenaikan harga ikan di pasaran tempatan disebabkan permintaan yang tinggi.

“Dalam usaha membantu menstabilkan harga dan mengimbangi bekalan, sejumlah RM7 juta diperuntukkan oleh LKIM untuk dijadikan modal pusingan pembelian ikan tempatan sebanyak 1000 MT sebagai stokpail yang akan ditempatkan di 130 bilik sejuk (cold room) LKIM.

Stokpail ini akan ditambah dari masa ke semasa mengikut musim serta mengambil kira faktor penawaran dan permintaan semasa ikan di pasaran.” kata LKIM.

Mengambil kira kepentingan dan peranan semua pihak termasuklah Persatuan Nelayan, pihak swasta serta rakyat sebagai pengguna, LKIM telah menggariskan empat (4) strategi pelaksanaan iaitu

(i) Persatuan Nelayan dan anak syarikat bertindak sebagai pemain utama (pembekal) dalam stok penimbal dan rantaian pemasaran ikan QFISH;

(ii) stok akan ditampung oleh syarikat swasta melalui kerjasama dengan penglibatan Persatuan Nelayan;

(iii) saluran pemasaran akan dikembangkan melalui ejen QFISH yang dilantik oleh pembekal-pembekal di setiap kawasan berdasarkan Parlimen; dan

(iv) medium pemasaran dipelbagaikan melalui kaedah digital (online), kempen, promosi, karnival jualan dan rangka kerjasama bersama Kementerian, Jabatan / Agensi dan koperasi serta syarikat penghantaran.

“MAFI dan LKIM komited menangani isu ini daripada terus berbangkit dengan menyediakan bilik sejuk (cold room) bagi membolehkan lebihan ikan pada musim biasa disimpan secara sejuk beku dan dikeluarkan apabila diperlukan atau sewaktu musim ikan tidak mencukupi terutama musim tengkujuh seperti ini.

Usaha ini dilaksanakan secara berterusan bagi memastikan bekalan ikan adalah mencukupi sepanjang tahun serta sebagai langkah membantu menstabilkan harga ikan pada musim tengkujuh.” kata LKIM.

Tambah LKIM, pengguna boleh mendapatkan bekalan ikan segar beku QFISH di 135 pasar nelayan LKIM, 103 outlet dan 222 ejen dengan harga tetap RM10.00 sekilogram bagi ikan seperti Selar, Selayang, Pelaling, Tongkol dan sebagainya.

“Malah, LKIM dengan kerjasama Persatuan Nelayan Kebangsaan (NEKMAT) telah mengambil inisiatif untuk membuat jualan ikan segar beku QFISH secara atas talian seperti aplikasi Facebook, Whatsapp, Grab, Shopee dan website nekmatbiz.com.my bagi memudahkan pelanggan membuat pembelian.

MAFI dan LKIM sentiasa peka dan prihatin akan segala permasalah yang berlaku dalam industri perikanan negara serta akan terus komited memastikan bekalan ikan negara terjamin dalam apa jua keadaan.” ujar LKIM.

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi kuat melanda Laut Okhotsk

Satu kejadian gempa bumi kuat telah melanda Laut Okhotsk pada jam 11:28...

AMBM @ MY LNASekuriti Makanan @ My LNAUTAMA

Kerang-kerangan di Negeri Sembilan dan Melaka boleh dituai, bacaan biotoksin menurun

PUTRAJAYA, 10 Ogos 2024 – Larangan ke atas penuaian dan penjualan kerang-kerangan...

AMBM @ MY LNADunia @ MY LNAGlobe Newswire

Pemenang Anugerah Stevie® untuk Majikan Hebat 2024 Diumumkan

Pemenang Akan Diraikan dalam satu Majlis di New York pada 16 September...