28 JUN 2022 – Berasaskan perkembangan situasi semasa, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) berpandangan warga Muslim dalam kelompok di luar kadar had kifayah berpotensi untuk jatuh ke dalam kelompok miskin akibat dari kos keperluan asas yang melambung naik dalam masa sama pendapatan semasa mereka terus kekal tidak bergerak.
“Justeru, ABIM mencadangkan untuk senario semasa terutama susulan dari beberapa pengumuman kerajaan termasuk menamatkan subsidi ke atas barang keperluan tertentu serta peningkatan kadar inflasi diambil kira sebagai garis panduan oleh mana-mana pusat zakat dalam menentukan garis kecukupan seseorang dalam penentuan asnaf.
ABIM ingin tegaskan pendekatan sebegini perlu dalam pengemaskinian data had kifayah sebagai langkah awal mengatasi pertambahan jumlah golongan miskin. Terdahulu pada tahun lepas kita telah menyaksikan 600,000 isi rumah daripada kumpulan berpendapatan sederhana (M40) telah jatuh ke dalam kumpulan berpendapatan rendah (B40) akibat wabak Covid-19.
Situasi ini menunjukkan kedudukan taraf hidup dan kemiskinan warga hari ini bersifat rapuh dan boleh berubah-ubah bila mana wujud situasi yang menekan. Maka, dalam ukuran garis kemiskinan dan had kifayah, ia harus dilihat secara multi-dimensi selain berasaskan data dan angka semasa.” kata Presidennya Muhammad Faisal Abdul Aziz dalam satu kenyataan hari ini.
Sebagai contoh, Faisal berkata salah satu langkah menyeluruh untuk membanteras kemiskinan ialah dengan membuka ruang dan memberikan peluang yang perlu dipertimbang sebagai satu keperluan untuk meningkatkan kualiti hidup serta menghapuskan kitaran kemiskinan selain dari keperluan asasi seperti makanan dan minuman.
“Mengambil contoh inisiatif yang digerakkan ABIM dalam membasmi kitaran kemiskinan menerusi penubuhan Adab Youth Garage (AYG-ABIM), kita menyaksikan keperluan untuk menyiapkan ruang dan peluang buat golongan belia terutama miskin bandar untuk dibantu keluar dari lingkungan kemiskinan sehingga mencapai tingkatan kehidupan yang lebih baik.
Justeru, ABIM optimistik menerusi langkah-langkah penambahbaikan ini akan dapat merealisaskan tujuan zakat iaitu menyempurnakan amanah dengan saling bantu sesama Islam dengan memenuhi hajat dan keperluan mereka yang memerlukan.” ujar Faisal.
- Must-Have Holiday Gift: Exotic Snack Guys Mystery Box Takes Center Stage
- Daily Fit Notes Rolls Out Affordable Fitness Solutions for the Modern Lifestyle
- Motiv Electric Trucks Crosses 5 Million Mile Mark
- Bybit One-Click Buy Offers a Winning Chance in First-Time Deposits Lucky Draws
- Hummingbird Creative Group Honored for Creative Excellence and Impact in 2024
Leave a comment