Kenyataan media Syahredzan Johan, Pengerusi Biro Media Sosial Parti Tindakan Demokratik (DAP), pada 27 Jun 2022 di Kuala Lumpur.
- Dilaporkan hari ini bahawa bekas ahli Dewan Negara, Siti Aishah Shaik Ismail, telah di bawa ke balai polis Sungai Senam di Ipoh untuk diambil keterangan berkenaan dengan video TikTok yang dimuatnaik sebagai reaksi kepada keputusan Kerajaan untuk menarik balik subsidi. Menurut laporan, siasatan dibuat di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
- Menurut laporan yang memetik kenyataan Siti Aishah, pihak polis dan juga Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) telah menyerbu rumahnya dan merampas telefon bimbit yang dimilikinya. Tidak ada sebab mengapa tindakan seperti ini, yang boleh dianggap tidak berkadar (disproportionate), perlu diambil ke atas seseorang yang hanya membuat video TikTok mengkritik Kerajaan.
- Adakah tindakan yang diambil terhadap Siti Aishah disebabkan video TikTok itu telah menjadi begitu tular, sehingga menyebabkan ada pihak yang rasa tidak senang dengan video tersebut? Ia menimbulkan persoalan sama ada Kerajaan kini merasakan bahawa video TikTok boleh mengancam kedudukan mereka, sehingga perlu mengambil tindakan sedemikian. Adakah Kerajaan kini takut dengan video TikTok?
- Kerajaan sepatutnya sedar bahawa isu subsidi dan harga barang yang menjadi asas kepada video Siti Aishah tersebut adalah isu yang telah membelenggu rakyat untuk sekian lama. Inilah sebab mengapa video tersebut telah mendapat 2.5 juta tontonan, lebih 142,000 sukaan (likes) dan lebih 43,000 kongsian (shares).
- Kerajaan digesa untuk memberi ruang kepada suara-suara menentang (dissenting voices) dan menjunjung hak untuk bersuara dan memberikan pendapat yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Jangan bungkam suara yang tidak sehaluan dengan Kerajaan!
Syahredzan Johan
Pengerusi Biro Media Sosial DAP
27 Jun 2022
- Must-Have Holiday Gift: Exotic Snack Guys Mystery Box Takes Center Stage
- Daily Fit Notes Rolls Out Affordable Fitness Solutions for the Modern Lifestyle
- Motiv Electric Trucks Crosses 5 Million Mile Mark
- Bybit One-Click Buy Offers a Winning Chance in First-Time Deposits Lucky Draws
- Hummingbird Creative Group Honored for Creative Excellence and Impact in 2024
Leave a comment