AM

KeTSA sediakan Program Reskill & Upskill – Latihan Ekopelancongan

180

27 Jun 2022 – Bagi menambah baik penyampaian perkhidmatan beberapa sektor terutamanya ekopelancongan sumber asli, Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) telah menyediakan Program Reskill & Upskill – Latihan Ekopelancongan melalui Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) yang meletakkan sasaran untuk melatih seramai 1,000 Malim Gunung Perhutanan (MGP) pada tahun 2022.

Dalam satu kenyataan media yang diedarkan hari ini, Menterinya,  Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata JPSM telah berjaya melatih dan mendaftarkan seramai 590 orang melibatkan MGP di Johor (120 orang), Terengganu (120 orang), Pahang (110 orang), Kedah (60 orang) dan hari ini di Perak (180 orang).

“MGP negeri-negeri lain dijangka selesai sebelum November 2022.

Pelaksanaan MGP ini bertujuan membekalkan kemahiran atau latihan semula kepada kumpulan sasaran komuniti setempat yang berminat menceburi bidang pekerjaan atau profesion Malim Gunung Perhutanan dalam sektor ekopelancongan sumber asli.” kata Takiyuddin.

Tambah beliau, KeTSA juga mengesyorkan beberapa pelan tindakan mempromosikan MGP dengan lebih berkesan sebagaimana berikut;

i. Pengurusan pendaftaran aktiviti, perlesenan dan penguatkuasaan program-program rekreasi sumber asli dalam kawasan HSK akan dikendalikan sepenuhnya oleh KeTSA dan JPSM;
ii. Mencadangkan diwujudkan Majlis Perundingan Malim Gunung Perhutanan Kebangsaan yang mana akan dipengerusikan oleh Ketua Pengarah Perhutanan dan ahlinya terdiri daripada Pengarah Perhutanan Negeri dan seorang wakil MGP Negeri;
iii. Menyediakan Pelan Promosi MGP yang berkesan untuk memaklumkan kepada orang ramai penguatkuasaan penggunaan MGP dalam kawasan Hutan Simpanan Kekal;
iv. Mendaftarkan Persatuan MGP mengikut negeri bagi membolehkan KeTSA mempertimbangkan bentuk bantuan yang bersesuaian kepada MGP di bawah naungan JPSM dan KeTSA;
v. MGP sebagai program sukarela JPSM di peringkat negeri yang berperanan untuk melaksanakan program peningkatan kesedaran, keselamatan aktiviti pendakian dalam kalangan komuniti termasuk membantu JPSM menyalurkan maklumat pencerobohan hutan serta meningkatkan perhubungan antara kaum dalam komuniti setempat bersama JPSM dan agensi KeTSA.

“Pada majlis ini juga menyaksikan PERKESO menyokong penuh pelaksanaan MGP di Malaysia dengan memperkenalkan Perlindungan Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS) ke atas Profesion Malim Gunung Perhutanan bagi memastikan keselamatan dan kebajikan MGP sekirannya berlaku kemalangan dan kematian ketika menjalankan tugas.

MGP yang diperkenalkan JPSM dengan kerjasama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) adalah satu latihan intensif pengurusan pendakian gunung bagi mengurangkan risiko kemalangan ketika aktiviti pendakian dalam kawasan Hutan Simpanan Kekal (HSK). JPSM juga telah memperkenalkan kawalan pendakian dengan memperkenalkan Nisbah 1:7 iaitu seorang MGP membawa 7 orang pendaki dalam kawasan pendakian gunung di Semenanjung Malaysia.” ujar Takiyuddin.

Program MGP tercalon mewakili Malaysia dalam “Golden Deuter Award International kategori Best Innovation Outdoor Programme – Mountain Guide Course”. Pengerusi UFL Malaysia menyampaikan Sijil Pencapaian MGP sebagai “Best Innovations Outdoor Programme Deuter Malaysia”.

Pada majlis itu JPSM juga dilantik secara rasmi sebagai Duta Deuter Malaysia bagi tempoh 2022 hingga 2024 untuk melayakkan peserta MGP yang dilatih oleh JPSM diberikan diskaun istimewa bagi pembelian produk-produk outdoor Deuter-UFL Malaysia.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAUTAMA

Iktibar perpaduan dari anyaman ketupat

Oleh: Dr. Mohd Istajib Mokhtar Aidilfitri menjelang lagi. Perayaan ini disambut seluruh...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Jangan Hidupkan Budaya Toksik Ketika Menjayakan Tradisi Berkumpul

Oleh : Profesor Madya Dr Mohd Anuar Ramli, Pensyarah, Jabatan Fiqh dan...

AMBM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAUTAMA

MCMC buat laporan polis terhadap Chegubard, Salim Iskandar dan Papagomo

CYBERJAYA 20 April 2024 – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah...