Ekonomi @ My LNAPelancongan @ My LNAPolitik @ My LNA

Kerajaan diseru lanjutkan Program Subsidi Upah (PSU) bersasar bagi sektor pelancongan

113

25 Jun 2022 – Parti DAP menyeru kerajaan untuk melanjutkan Program Subsidi Upah (PSU) bersasar untuk perusahaan-perusahaan pelancongan untuk memastikan sektor pelancongan negara dapat terus pulih dengan lancar.

Dalam satu kenyataan media yang diedarkan hari ini, Jurucakap DAP untuk Pelancongan, Seni dan Budaya, Khoo Poay Tiong berkata pelanjutan PSU bersasar itu dapat membantu sektor pelancongan mengurangkan kesan daripada kenaikan gaji minima dan harga barangan baru-baru ini.

Katanya selain itu, PSU bersasar membolehkan para pengusaha menawarkan gaji yang lebih tinggi untuk meringankan masalah kekurangan pekerja dalam jangka masa pendek sebelum mereka pulih sepenuhnya.

“Di dalam Belanjawan 2022, kerajaan telah memperuntukkan subsidi upah berjumlah RM600 juta, khas untuk sektor pelancongan. Namun, inisiatif ini hanyalah untuk 3 bulan dan oleh itu telah tamat.

DAP menyeru kerajaan untuk melanjutkan PSU bersasar ini untuk tempoh tiga bulan lagi dengan peruntukan tambahan sebanyak RM250 juta. Peruntukan ini dapat menyalurkan subsidi RM300 sebulan untuk setiap pekerja. Secara keseluruhannya, pelanjutan PSU bersasar ini akan memanfaatkan lebih 20,000 perusahaan dan 300,000 pekerja di sektor pelancongan.

Peruntukan RM250 juta tersebut boleh diperolehi daripada peruntukan sedia ada di dalam Belanjawan 2022, seperti RM4.8 bilion yang telah diperuntukkan di bawah inisiatif Jamin Kerja, dan RM230 juta yang telah diperuntukkan di bawah Pelan Pemulihan Pelancongan.

Oleh itu, tiada peruntukan tambahan diperlukan untuk melanjutkan PSU bersasar ini. Kerajaan sekadar perlu bertindak dengan lebih fleksibel dan responsif terhadap keadaan dan keperluan semasa sektor pelancongan dengan melaraskan semula peruntukan sedia ada.” kata beliau yang juga merupakan Ahli Parlimen Kota Melaka itu.

Tambah Khoo Poay Tiong, separuh kedua tahun 2022 adalah amat kritikal untuk sektor pelancongan, khususnya dengan ketibaan lebih ramai pelancong antarabangsa semasa musim cuti.

Katanya jika kerajaan tidak menyampaikan sokongan yang mencukupi, sektor pelancongan akan menghadapi masalah untuk memenuhi kadar permintaan yang meningkat. Ini secara tidak langsung akan menjejaskan kualiti perkhidmatan dan sekali gus merosakkan reputasi sektor pelancongan Malaysia dalam kalangan pelancong antarabangsa.

“Sebelum berlakunya pandemik Covid-19, sektor pelancongan merupakan penyumbang ketiga terbesar kepada ekonomi Malaysia dengan nilai tambah kasar industri pelancongan (GVATI) RM240.5 bilioin iaitu bersamaan dengan 15.9% daripada keluargan kasar dalam negara (GDP) pada tahun 2019.

Sektor pelancongan dijangka akan mulih semula dan kembali menyumbang kepada ekonomi negara dengan adanya pembukaan semula sempadan antarabangsa. Kerajaan wajar memberi sokongan yang berpatutan, terutamanya dengan melanjutkan inisiatif PSU bersasar, supaya sektor pelancongan negara dapat pulih dengan lancar.” ujarnya.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

BM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAPolitik @ My LNA

BERSIH mahu perbicaraan pengampunan Najib dibuat secara terbuka

KUALA LUMPUR, 18 April 2024 – Susulan keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan...

BM @ MY LNAEkonomi @ My LNAUTAMA

Tindakan puak Houthi di Yaman tidak beri impak besar kepada ekonomi Malaysia

Menteri Pelaburan, Perdagangan & Industri, Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku...

AMBM @ MY LNAEkonomi @ My LNAKewangan @ My LNAUTAMA

Pelabur tunjuk minat tinggi untuk fahami asas dan potensi ekonomi Malaysia

Menteri Kewangan II, Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan telah mengetuai delegasi...

BM @ MY LNAPolitik @ My LNAUTAMA

Cara pengamalan politik lama harus diubah – Tiong King Sing

SARAWAK, 13 April 2024 – Presiden Parti Demokratik Progresif, Dato’ Seri Tiong...