AMEkonomi @ My LNA

Jumlah subsidi tertinggi di dalam sejarah yang pernah ditanggung oleh mana-mana Kerajaan – Menteri Kewangan

74

25 Jun 2022 – Menteri Kewangan Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Aziz memaklumkan bahawa perbelanjaan subsidi kepenggunaan yang setakat ini berjumlah RM77.3 bilion bagi tahun 2022 adalah jumlah subsidi tertinggi di dalam sejarah yang pernah ditanggung oleh mana-mana Kerajaan.

Katanya dalam satu kenyataan media hari ini, subsidi kepenggunaan tersebut meliputi petrol, diesel, LPG, minyak masak, tepung dan elektrik bagi mengurangkan kos sara hidup rakyat, dan bil subsidi (tidak termasuk bantuan kebajikan) dari tahun 2018 – 2022.

Ia adalah seperti berikut :

Jelas Zafrul, apabila ditambah dengan bantuan-bantuan lain seperti Bantuan Kebajikan Masyarakat, termasuk Bantuan Keluarga Malaysia – BKM (RM11.7 bilion), dan lain lain-lain subsidi (RM14.6 bilion), jumlah keseluruhan subsidi setakat ini adalah RM77.3 bilion bagi tahun 2022.

Tambahnya, ia juga mengambil kira pengumuman oleh Kerajaan baru-baru ini mengenai:

  1. Bantuan tunai tambahan RM630 juta, yang meningkatkan jumlah BKM Fasa 2 bagi golongan berpendapatan rendah kepada RM1.74 bilion mulai 27 Jun 2022 ini; dan
  2. Subsidi elektrik bernilai RM5.8 bilion untuk separuh tahun kedua bagi memastikan tiada kenaikan tarif elektrik mulai 1 Julai 2022.

“Kerajaan peka kepada kenaikan harga komoditi dan kadar inflasi ekoran gangguan kepada rantaian bekalan global dan konflik Ukraine-Rusia, yang telah mengakibatkan impak kenaikan harga barangan asas kepada kebanyakan negara di seluruh dunia, termasuk Malaysia.

Sehubungan itu, subsidi Kerajaan bertujuan untuk menampung kos sara hidup rakyat. Kerajaan juga ingin memaklumkan bahawa bagi subsidi menyeluruh (blanket subsidies) – meliputi petrol, diesel, air dan elektrik – golongan M40 dan T20 juga mendapat manfaat yang besar.

Kementerian Kewangan akan terus memantau faktor-faktor luaran yang boleh memberi impak negatif kepada situasi ekonomi domestik bagi memastikan kos sara hidup rakyat terkawal.” ujar Zafrul.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Fahami pemaknaan sebenar beribadat untuk kekal komited pasca Ramadan

Oleh: Muhammad Izzat Aiman Ahmad Sokri, Dr. Syed Mohd Jeffri Syed Jaafar...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAUTAMA

Iktibar perpaduan dari anyaman ketupat

Oleh: Dr. Mohd Istajib Mokhtar Aidilfitri menjelang lagi. Perayaan ini disambut seluruh...