23 Jun 2022 – Program Gegar Komuniti (siri 4) telah diadakan semalam bertempat di Le Grandeur Palm Resort, Senai, Johor.
Program anjuran Bahagian Pendidikan dan Latihan Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) itu telah mendapat sambutan menggalakkan apabila lebih 100 orang belia yang terdiri dari pelajar Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Kelab Belia India Senai, Komuniti pendidik muda iaitu Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) dan juga jemputan luar hadir menyertainya.
“Konsep Program Gegar Komuniti secara “townhall” ini menerima sambutan yang amat menggalakkan dengan penampilan istimewa personaliti komuniti iaitu Saudara Shahrol Azizie bin Azmi yang mesra dikenali sebagai Shahrol Shiro yang memberi ceramah yang bertajuk ‘Belia Bijak’.” kata J-KOM dalam satu hantaran di Facebook rasmi.
Tambah J-KOM, Shahrol Shiro juga menceritakan perjalanan dan cabaran beliau sebagai anak seni di Malaysia dan sebagai ikon belia Johor beliau juga memberi inspirasi kepada belia yang hadir supaya lebih berdaya saing dan berwawasan.
- Must-Have Holiday Gift: Exotic Snack Guys Mystery Box Takes Center Stage
- Daily Fit Notes Rolls Out Affordable Fitness Solutions for the Modern Lifestyle
- Motiv Electric Trucks Crosses 5 Million Mile Mark
- Bybit One-Click Buy Offers a Winning Chance in First-Time Deposits Lucky Draws
- Hummingbird Creative Group Honored for Creative Excellence and Impact in 2024
Leave a comment