23 Jun 2022 – Pengumuman terkini Perdana Menteri untuk menghapuskan harga siling ayam dan telur serta penamatan subsidi untuk minyak masak tulen botol dua ke lima kilogram dilihat akan memberi kesan besar kepada rakyat yang pasti akan dirasasi menjelang 1 Julai 2022 nanti.
Dalam satu kenyataan hari ini, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) berkata bahawa susulan penguatkuasaan gaji minima bertarikh 27 April 2022 berlaku kenaikan harga barang keperluan oleh peniaga khususnya premis makanan.
“Situasi ini disahkan menerusi Indeks Harga Pengguna (IHP) yang mengukur inflasi utama mencatat peningkatan 2.3 peratus kepada 125.9 pada April 2022 berbanding 123.1 pada bulan yang sama tahun sebelumnya.
Selain itu, Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), merekodkan peningkatan inflasi makanan lebih tinggi pada 4.1 peratus dengan 89.1 peratus item makanan bagi kumpulan Makanan & Minuman merekodkan kenaikan.
ABIM khuatir pengumuman terbaharu berkenaan minyak masak, harga ayam dan telur ini akan menambahkan lagi bebanan rakyat ekoran peningkatan kos-kos keperluan rakyat. Ini memandangkan harga minyak masak botol akan meningkat yang akan membebankan peniaga selain pengeluaran minyak paket yang sedia ada terhad menjadi buruan pengguna.” kata Presidennya, Muhammad Faisal Abdul Aziz.
Justeru katanya, kerajaan harus menyediakan landasan mekanisme yang komprehensif untuk persediaan rakyat berhadapan peningkatan kos-kos menjelang 1 Julai nanti.
“Pendekatan yang diambil ini bukan sahaja bersifat “one-off” tetapi dengan memastikan kitaran perekonomian rakyat dapat berjalan dengan baik.
Mekanisme ini harus meliputi kajian mendalam membabitkan data dan jangkaan-jangkaan kerumitan yang bakal berlaku susulan pengumuman tersebut.
Selain pemberian subsidi bersasar, kerajaan juga harus bertanggungjawab untuk membantu meningkatkan pendapatan rakyat bagi menyeimbangkan kedudukan ekonomi rakyat dan peningkatan harga keperluan.” katanya.
Tambah Faisal, ABIM menegaskan situasi hari ini menunjukkan rakyat bertungkus lumus berkerja lebih dari satu profesion siang dan malam untuk meningkatkan pendapatan kerana rakyat memerlukannya untuk memenuhi keperluan asas hidup mereka.
“ABIM juga berpandangan mekanisme yang lebih komprehensif ini perlu memandangkan terdapat kemungkinan akan berlaku kenaikan kos dan harga untuk keperluan-keperluan lain seperti tarif elektrik dan sebagainya.
Ini tak termasuk cadangan untuk mengembalikan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang diumumkan Perdana Menteri sebelum ini.” ujar Faisal.
- Must-Have Holiday Gift: Exotic Snack Guys Mystery Box Takes Center Stage
- Daily Fit Notes Rolls Out Affordable Fitness Solutions for the Modern Lifestyle
- Motiv Electric Trucks Crosses 5 Million Mile Mark
- Bybit One-Click Buy Offers a Winning Chance in First-Time Deposits Lucky Draws
- Hummingbird Creative Group Honored for Creative Excellence and Impact in 2024
Leave a comment