24 Mei 2022 – Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) pada hari ini meraikan 367 orang pegawai dan warga kerjanya pada Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) yang disempurnakan oleh Menterinya, Dato’ Sri Hajah Nancy di Istana Budaya, Kuala Lumpur.
Pada kali ini APC diadakan sepenuhnya secara fizikal, selepas dua tahun dilaksanakan secara maya susulan penularan wabak COVID-19 yang melanda negara sejak tahun 2020. Ia juga ini amat signifikan khususnya dalam memberikan penghargaan dan pengiktirafan kepada pegawai perkhidmatan awam yang telah menunjukkan prestasi cemerlang sepanjang tahun 2021.
“Penganugerahan seperti APC ini merupakan satu manifestasi keprihatinan Kerajaan terhadap modal insan berkualiti, dinamik dan berprestasi tinggi, mencapai ekspektasi yang telah disasarkan.” kata Nancy.
Selaras dengan pembukaan sempadan negara dengan sasaran kemasukan seramai 2 juta pelancong dengan nilai pendapatan berjumlah RM8.6 bilion, Nancy turut meletakkan harapan yang tinggi agar semua warga MOTAC, meneruskan komitmen untuk bekerja lebih kuat dengan strategi yang baharu. Usaha dan strategi bagi memulihkan semula keyakinan pelancong adalah amat perlu bagi memastikan sektor pelancongan, seni dan budaya terus berdaya saing.
Beliau turut menekankan agar warga MOTAC perlulah sentiasa menjadikan Pelan Strategik MOTAC 2021-2025 sebagai panduan dalam merangka tindakan dan halatuju Kementerian, Jabatan serta agensi.
“Dengan misi ‘Memperkasakan Ekosistem Industri Pelancongan dan Kebudayaan Yang Inklusif’, pelan strategik ini akan menjadi pemacu bagi Kementerian mencapai visi ke arah menjadikan Malaysia – Destinasi Lestari Kaya Budaya.
Saya berharap agar pengiktirafan ini menjadi pemangkin kecemerlangan dan menjadi motivasi kepada semua pihak untuk mencapai aspirasi MOTAC dalam mempamerkan budaya prestasi unggul dan cemerlang,” jelas beliau.
- Hollywood’s Style Icon Zendaya Makes Her Stunning Wax Debut at Madame Tussauds Singapore
- GangaGen Secures additional US$7.9 Million from CARB-X for Pre-clinical Development of Novel Klebicins Targeting Nosocomial Pneumonia caused by Multidrug-resistant Klebsiella pneumoniae
- Star-Studded Christmas Music Gala Lights Up the Stage
- Graphisoft Strengthens Presence in Southeast Asia Amid BIM Demand Surge
- Leading the Way: Singapore’s Exceptional Achievements at the ACES Awards 2024
Leave a comment