AM

Menteri Sumber Manusia akan lawat Jepun

139

PUTRAJAYA 24 Mei 2022 – Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M. Saravanan menyatakan bahawa beliau akan mengadakan lawatan kerja ke Jepun bermula 25 hingga 28 Mei 2022 di mana lawatan kerja tersebut juga adalah bersempena dengan lawatan Perdana Menteri ke negara tersebut.

Katanya dalam satu kenyataan hari ini, tujuan utama lawatan kerja beliau adalah bagi memuktamadkan dan seterusnya menandatangani Memorandum Kerjasama (MoC) antara Kerajaan Malaysia dengan Kerajaan Jepun berhubung penghantaran pekerja mahir Malaysia dalam sektor-sektor tertentu (specified
skilled worker) untuk bekerja di Jepun.

“Saya akan menandatangani MoC ini bersama-sama dengan Menteri Kehakiman Jepun. MoC ini juga akan melibatkan penyertaan tiga (3) lagi kementerian dan agensi di Jepun iaitu Kementerian Luar Negeri, Kementerian Kesihatan, Buruh dan Kebajikan dan Agensi Polis Negara.

Memorandum Kerjasama ini mengariskan 14 Sektor Penghantaran Pekerja Mahir, antaranya termasuklah Industri Perkakasan & Bahagian Mesin, Industri Jentera Perindustrian, Industri Elektrik, Elektronik & Maklumat, Industri Pembinaan Kapal & Jentera Kapal, Industri Pembaikan & Penyelenggaraan Automobil serta Industri Penerbangan.

Matlamat MoC ini adalah untuk membantu memartabatkan Pendidikan Teknik dan Latihan Vokasional (TVET) negara bagi melahirkan tenaga kerja mahir dalam kalangan pekerja tempatan. Memorandum Kerjasama ini juga akan memberikan peluang kepada rakyat tempatan untuk memperolehi pengalaman dan kepakaran di Jepun untuk satu tempoh masa di mana apabila mereka pulang kelak akan dapat menyumbang kepada industri yang berkaitan di Malaysia. MoC ini juga adalah selaras dengan hasrat Kerajaan dalam Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) iaitu mencapai sasaran 35 peratus pekerja berkemahiran tinggi dalam guna tenaga negara.” katanya.

Tambah beliau, di Tokyo, beliau juga akan melawat Cyberdyne Studio untuk melihat teknologi Neuro-Robotik tercanggih, Robot Suit HAL (Hybrid Assistive Limb) iaitu robot cyborg pertama di dunia berkaitan pemulihan dan rehabilitasi.

“Ianya akan menjadi suatu penanda aras untuk penubuhan Pusat Rehabilitasi Neuro-Robotik dan Cybernics Kebangsaan yang bakal dibina di Negeri Perak kelak.” katanya.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Wasatiyyah kunci rumah terbuka Aidilfitri lestari

Oleh: Dr. Mohd Istajib Mokhtar Barangkali, Malaysia merupakan antara negara Islam paling...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Membawa Generasi Z kembali ke akar tradisi Aidilfitri

Oleh: Prof. Madya Dr. Azmawaty Mohamad Nor, Siti Nurmaliya Zakaria Tradisi hari...

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi sederhana di Rantau Taiwan

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Rantau Taiwan pada pukul...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Fahami pemaknaan sebenar beribadat untuk kekal komited pasca Ramadan

Oleh: Muhammad Izzat Aiman Ahmad Sokri, Dr. Syed Mohd Jeffri Syed Jaafar...