21 Mei 2022 – Di dalam sidang media semalam, Menteri Kanan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali berkata bahawa beliau telah mengadakan pertemuan dengan Wakil Perdagangan Amerika Syarikat (United States Trade Representative – USTR) , PYT Katherine Tai pada 10 Mei 2022 di Washington D.C.
“Perbincangan kami tertumpu kepada usaha-usaha meningkatkan kerjasama perdagangan dua hala dan pelbagai hala, termasuk kesediaan kedua-dua pihak untuk melihat semula mandat Jawatankuasa Bersama Perdagangan dan Pelaburan (Joint Council on Trade and Investment – JCTI) di bawah Perjanjian Rangka Kerja Perdagangan dan Pelaburan Malaysia-Amerika Syarikat (Trade and Investment Framework Agreement – TIFA) sebagai platform khusus untuk membincangkan pelbagai bidang kerjasama dan isu-isu dua hala yang berkaitan dengan perdagangan dan pelaburan.
Kali terakhir JCTI bersidang adalah pada tahun 2005.
Kami bersependapat JCTI boleh memainkan peranan sebagai satu-satunya platform kerjasama dua hala untuk memperkukuhkan hubungan ekonomi kedua-dua negara ekoran peningkatan cabaran ekonomi global dan isu-isu perdagangan dua hala.” kata Azmin.
Tambah beliau, Malaysia juga komited untuk meneruskan dialog dan perbincangan serta meningkatkan kerjasama yang lebih luas yang melibatkan elemen perdagangan bukan tradisional seperti amalan perburuhan, kelestarian melalui kerangka Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (Environment, Social and Governance – ESG) serta daya tahan rantaian bekalan (supply chain resiliency).
- PT. Eka Mas Republik (MyRepublic) Celebrates Double Recognition at ACES Awards
- Hong Kong’s premier ink art event UOB Art in Ink Festival returns this December, fostering art inclusivity
- Arbor Partners With Japanese Aomori Prefecture To Unveil A New Japanese-French Culinary Feast
- Beloved Disney ∙ Pixar Characters Come to Life as 10 FURRY NICE Collectible Furry Friend Sets at 7-Eleven
- Anglo-Chinese School Students Crowned as the Grand Winner of the Samsung Solve for Tomorrow 2024 Competition
Leave a comment