Ekonomi @ My LNA

KPKK jangka tidak akan berlaku penurunan harga mendadak

80

22 Mei 2022 – Walaupun Indonesia telah menarik balik larangan eksport minyak sawit berkuatkuasa 23 Mei, Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK) ingin mengingatkan semua pengusaha kelapa sawit Malaysia – termasuk firma perladangan dan pekebun kecil – supaya tenang dan tidak terlalu bimbang dengan perkembangan terkini.

Dalam satu kenyataan hari ini, Menterinya Datuk Hajah Zuraida Kamaruddin berkata KPPK menjangkakan tidak akan ada penurunan harga yang mendadak memandangkan pasaran menjangkakan bahawa larangan eksport ini hanya bersifat sementara.

“Penganalisis pasaran turut menjangkakan pengusaha minyak sawit Malaysia bakal meraih faedah terbesar dalam jangka panjang kerana mereka mampu menjual MSM pada harga tinggi, sekaligus meningkatkan margin keuntungan bagi pertengahan kedua 2022, ditambah dengan pengeluaran yang lebih tinggi tahun ke tahun (y-o-y) dan suku ke suku (q-o-q).

Walaupun penarikan larangan eksport memberi kelegaan besar kepada penanam Indonesia, mereka sudah terlepas tempoh harga MSM yang tinggi (Februari-April 2022) apabila harga minyak sawit Indonesia didagangkan pada diskaun yang lebih besar berbanding Malaysia, akibat dasar kawalan eksport yang telah di dilaksanakan lewat Januari 2022.” katanya.

Tambah Zuraida, dasar Indonesia boleh memberi manfaat kepada Malaysia sebagai pengeluar minyak sawit kedua terbesar di dunia, memandangkan ini membolehkan Malaysia muncul sebagai pembekal dominan ke India, yang merupakan pembeli utama minyak makan dunia.

“Cukai eksport Malaysia yang lebih rendah dan larangan eksport Indonesia mungkin menyebabkan sumbangan eksport minyak sawit Indonesia ke India jatuh kepada 35% pada tahun pemasaran semasa yang berakhir pada 31 Oktober, daripada lebih 75% sedekad lalu, menurut anggaran daripada Solvent Extractors’ Association of India (SEA), sebuah badan perdagangan minyak sayuran.

Dalam lima bulan pertama tahun pemasaran 2021/22, India membeli 1.47 juta tan minyak sawit Malaysia berbanding 982,123 tan metrik tan dari Indonesia, berdasarkan data yang dikumpulkan oleh SEA. Untuk Mei tahun ini, India dianggarkan mengimport sekitar 570,000 tan minyak sawit, dengan 290,000 tan dari Malaysia dan 240,000 tan dari Indonesia.

KPPK percaya bahawa harga MSM akan kekal pada paras tinggi, memandangkan ketidaktentuan pengeluaran minyak bijian utama (seperti kacang soya, jagung, biji serai dan biji bunga matahari) sama ada disebabkan oleh ketegangan geopolitik atau cuaca yang tidak menentu.” kata Zuraida.

Katanya lagi, masih terdapat kemungkinan perubahan polisi oleh Indonesia memandangkan harga minyak sawit di pasaran domestik negara tersebut masih belum turun ke tahap yang disasarkan.

“Memandangkan prospek jangka sederhana hingga panjang industri minyak sawit Malaysia kekal cerah, KPPK ingin menyeru semua pengusaha kelapa sawit Malaysia untuk berganding bahu dalam membantu menjayakan kempen Minyak Sawit Malaysia Penuh Kebaikan yang bertujuan menentang pelbagai tanggapan salah berkenaan minyak sawit Malaysia dalam memacu kejayaan komoditi ini di peringkat global.” katanya.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAEkonomi @ My LNAKewangan @ My LNAParlimen @ My LNAUTAMA

Program Sumbangan Asas Rahmah 2024 ditambah baik

KUALA LUMPUR, 27 Mac 2024 – Kerajaan telah menambah baik program Sumbangan...

AMBM @ MY LNAEkonomi @ My LNAPengguna @ My LNAUTAMA

Sesi Walkabout PM ke Bazar Ramadan Rahmah (BRR) Taman Perpaduan, Perak

IPOH, 25 Mac 2024 – Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim bersama...

AMBM @ MY LNAEkonomi @ My LNAUTAMA

PADU : Elakkan pendaftaran di saat terakhir

PUTRAJAYA, 25 Mac 2024 – Pangkalan Data Utama (PADU) telah menyaksikan peningkatan...