21 Mei 2022 – Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin pada hari ini memaklumkan saranan terkini kepada semua bakal Jemaah Haji remaja berumur 12 hingga bawah 18 tahun untuk mengambil dos penggalak vaksin COVID-19, dengan syarat-syarat tertentu.
Syarat-syarat tersebut adalah :
i. Sekurang-kurangnya dalam tempoh lima (5) bulan selepas menerima dos kedua vaksin dos primer; dan
ii. Bagi remaja yang telah lengkap mengambil dos primer dan didapati mengalami jangkitan COVID-19, mereka layak menerima dos penggalak sebaik sahaja pulih sepenuhnya.
“Memandangkan jemaah haji juga perlu mengambil suntikan lain seperti meningococcal, influenza atau pneumococcal, pemberian dos penggalak vaksin COVID-19 boleh diberikan dalam sela masa dua minggu sebelum atau selepas vaksin lain diberikan.
Jemaah haji yang terlibat boleh mendapatkan dos penggalak dengan hadir secara terus tanpa janji temu (walk-in) di PPV yang masih beroperasi dengan membawa dokumen sokongan berkaitan (seperti bukti surat tawaran menunaikan haji).” katanya.
Sebelum ini, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah menyarankan kepada semua bakal Jemaah Haji yang berusia 60 tahun dan ke atas serta jemaah berusia 18 hingga 59 tahun yang mempunyai risiko klinikal penyakit teruk, untuk mendapatkan dos penggalak kedua sebelum berangkat ke Tanah Suci.
Langkah itu bertujuan untuk mengurangkan risiko jangkitan COVID-19 di kalangan Jemaah Haji semasa berada di Tanah Suci dengan mengambil kira perhimpunan yang ramai serta melibatkan jemaah haji dari seluruh dunia.
- Must-Have Holiday Gift: Exotic Snack Guys Mystery Box Takes Center Stage
- Daily Fit Notes Rolls Out Affordable Fitness Solutions for the Modern Lifestyle
- Motiv Electric Trucks Crosses 5 Million Mile Mark
- Bybit One-Click Buy Offers a Winning Chance in First-Time Deposits Lucky Draws
- Hummingbird Creative Group Honored for Creative Excellence and Impact in 2024
Leave a comment