COVID-19 @ My LNAKesihatan @ My LNA

COVID-19 : Bilangan kes baharu pada ME 19/2022 meningkat sebanyak 119.2%

73

16 Mei 2022 – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan bahawa dari 25 Januari 2020 (ME 4/2020) hingga 14 Mei 2022 (ME 19/2022), situasi terkini COVID-19 adalah seperti berikut:

  • Kumulatif kes baharu: 4,475,873 kes (kes aktif: 29,762 kes);
  • Kumulatif kes sembuh: 4,410,499 kes;
  • Kumulatif kes kematian: 35,612 kes; dan
  • Kumulatif kluster: 7,011 kluster (kluster aktif: 56 kluster).

Perbandingan antara ME 18/2022 dan ME 19/2022 adalah :

  • Bilangan kes sembuh pada ME 19/2022 menurun sebanyak 59.2% (30,930 kes kepada 12,618 kes) berbanding ME 18/2022 ;
  • Bilangan kes baharu pada ME 19/2022 meningkat sebanyak 119.2% (8,732 kes kepada 19,137 kes) berbanding ME 18/2022;
    • Bilangan kes tempatan meningkat sebanyak 119.6% (8,703 kes kepada 19,108 kes); dan
    • Bilangan kes import kekal sebanyak <0.01% (29 kes)
  • Bilangan kes kematian pada ME 19/2022 menunujukkan sedikit peningkatan kepada 3.1 %(32 kes kepada 33 kes) berbanding ME 18/2022; dan
  • Bilangan kes aktif pada ME 19/2022 menurun sebanyak 17.0% (214,405 kes kepada 177,973 kes) berbanding ME 18/2022

Tambah KKM, sejajar dengan peningkatan kes harian pada ME 19/2022, purata nilai RT juga menunjukkan peningkatan sebanyak 70.2% pada ME 19/2022 berbanding ME 18/2022.

KKM juga menasihati orang ramai agar terus mematuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;

  • Elakkan 3S;
  • Amalkan 3W;
  • Amalkan TRIIS;
  • Jalani ujian COVID-19 sekiranya bergejala;
  • Individu positif COVID-19 Kategori 1 dan 2A dan bukan berisiko tinggi (berumur bawah 60 tahun dan tidak mempunyai komorbid), tidak perlu hadir ke Pusat Penilaian COVID-19 (CAC), sebaliknya hanya perlumelakukan pemantauan kendiri melalui HAT dalam aplikasi MySejahtera. SMS atau panggilan daripada perkhidmatan Automated Voice Recording (robocall) akan diterima sekiranya belum atau tidak menjalankan pemantauan kendiri setiap hari;
  • Individu yang perlu hadir ke CAC terdekat (senarai penuh lokasi, nombor telefon dan waktu operasi boleh didapatkan di https://covid-19.moh.gov.my/hotline)   untuk penilaian lanjut akan dimaklumkan melalui MySejahtera atau dihubungi CAC melalui SMS atau panggilan telefon;
  • Individu yang positif COVID-19 Kategori 2B dan ke atas (sama ada berisiko tinggi atau tidak) atau mempunyai gejala yang semakin teruk, dikehendaki hadir ke CAC atau hospital terdekat bagi pemeriksaan lanjut tanpa menunggu panggilan telefon daripada CAC; dan
  • Individu yang belum menerima vaksin COVID-19 dinasihatkan agar segera mendaftar dan mendapatkan vaksin bagi melindungi diri dan orang tersayang.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAKesihatan @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Raikan Syawal sebagai ibu bapa prihatin, demi senyuman mereka

Oleh: Prof Madya Dr Lily Azura Shoaib, Dr Noorhidayah Zainal Aalam Sambutan...

AMBM @ MY LNAKesihatan @ My LNAPendidikan @ My LNA

OleoRangers pupuk kesedaran awam terhadap pemilihan, pengendalian minyak masak yang mampan

Makanan merupakan salah satu faktor yang paling penting dalam memastikan kesihatan. Makanan...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAKesihatan @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Komponen psikospiritual Islam perlu untuk mencegah bunuh diri

Oleh: Dr. Mohd Khairul Naim bin Che Nordin Apabila kerajaan negeri Kelantan...